03Jan

Kedai Makan Dengan WiFi Akan Dikuatkuasakan Bermula April 2012

Lain-lain, Telekomunikasi

Salah satu perkara yang bakal dikuat-kuasakan pada tahun ini oleh kerajaan tempatan adalah dimana kedai makan dan restoran dibandar Kuala Lumpur dengan keluasan lebih 120 kaki persegi diwajibkan untuk menawarkan perkhidmatan WiFi, dan bakal dikuat-kuasakan bermula daripada bulan April kelak.

Ia adalah sebagai salah satu alternatif kepada fungsi WirelessKL yang mana kini semakin kurang popular, dengan tamatnya perjanjian selama dua tahun bersama dengan pihak Packet One (P1). Namun ia dilaporkan yang mana kedai makan boleh menyediakan perkhidmatan tersebut secara percuma sebagai nilai tambahan, ataupun mengenakan caj yang berpatutan kepada para pengunjung mereka.

Sebagai nilai tambah, beberapa medan selera juga akan dipasang dengan beberapa kemudahan dan fasiliti WiFi padanya, membolehkan pengguna mengakses dengan mudah dimana sahaja mereka berada.

Jadi, mungkinkah selepas ini selain menyemak kebersihan kedai makan, pihak berkenaan juga akan menyemak kelajuan internet yang ditawarkan?


Cukai Jualan Telefon Bimbit Di Malaysia Di Mansuhkan
Pemenang Anugerah ICT NEF-Awani 2010
Bersama Pembangun BigBeak Pictures - Finalis NEF-Awani 2011
UMobile Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Sony Xperia S
Temuramah BFM Radio Bersama CEO Amanz Network

52 Komen

  1. jipang_menjerit pada 03 Jan 2012

    ada bisnes ini macam..muhaha

  2. ahmad pada 03 Jan 2012

    nanti perompak berparang serbu kedai makan curik laptop, ipad semua..huh

  3. syamilshahimi pada 03 Jan 2012

    Pasang WiFi pon tutup router. Alasan ‘rosak’. Padahal sebab xnak bagi org melepak situ berjam2 beli air kosong aje. kehkehkeh

    kalau dah banyak WiFi hotspot, kacau bisnes telco la nanti. ramai org pakat amek prepaid aje.

    • androidians pada 04 Jan 2012

      rasenye x kot…kat oversea dah bertaun-taun buat…ok je…makin maju telco diorg…

  4. Abby Shahrin pada 03 Jan 2012

    Masalah dgn P1 ni. wireless access ade. tapi bila nak login. tak boleh. Bnyk tpt kena mcm ni.

    • rizuani pada 03 Jan 2012

      P1 kan mmg mcm tu..tak caya call la customer service..nanti dia suruh cucuk pin kat lubang..reboot modem..lepas tu dah.esok call pun sama gal..lusa pun sama..bulan depan pun sama..3 bulan pun sama..6bulan pun sama..setahun pun sama..hahahaha P1 memang Potong Stim!

    • quera pada 03 Jan 2012

      biasa la…kalau cina buat bisness…no 1 untung…kualiti x kira…duit x boleh kurang!Ingat!

      • jazz pada 04 Jan 2012

        -1000
        bapak rasist giler statement ko.. macam syial je.. ko igt melayu bagus sangat ke.. tmbh2 melayu macam ko(kalo ko melayu laa,kalo bukan gi MAM*** laa)..

        melayu sendiri duk berdengki sesama sendiri tu bagus sangat ke? pantang tgk org lain maju, mula rasa sakit hati.. atleast org2 cina ni kalau bisnes depa tolong sesama sendiri.. aku tgk kt tmpt aku cina yg duk tolong melayu bt bisnes.. tp cam cibai bila tgk melayu sama melayu yg cina ni tolong duk berdengki sesama sendiri..

    • Hafiez pada 04 Jan 2012

      maaf la menyampuk. rumah sy ok je. kaler hijau n full je. my be kawasan tu xde line kot. (baru pakai 2 bulan, huhuhu)

  5. huzaimy pada 03 Jan 2012

    saya sokong sepenuhnya, caj rm1/rm2 for unlimited usage per day pon ok. min speed 2MB at least.

  6. RAJAUNTA pada 03 Jan 2012

    SOKONGGGGGGGGGG!!!!

  7. littlenazo pada 03 Jan 2012

    apa cerita dengan wireless kl?

    • Omar pada 03 Jan 2012

      Okey jer. Aku pun kekadang guna gak. Tapi biasa la. peak hour. semput~

  8. yana pada 03 Jan 2012

    mkin bnyk la org kt kdai mkn lpas ni drpd kt cc..:D

  9. Iskandr pada 03 Jan 2012

    Mewajibkan adanya 2 tandas yg bersih jauh lebih penting dari mewajibkan wireless internet.

    Atau lebih penting, kalaupun mau diwajibkan wireless, buat supaya adanya internet filter. Aku dah tak larat tengok budak kecik layari internet hanya untuk tengok porno.

  10. hanafi bhari pada 03 Jan 2012

    dis is nice ! taya nk lepak hot spot lg :D D

  11. ZoOL pada 03 Jan 2012

    best la camni.. kan best kalo kt tpt aku ade, malas la nak lepak kat starbucks atau coffee house yg mahal2 sekadar nak dptkan perkhidmatan wireless percume ;)

  12. nizam pada 03 Jan 2012

    best..

  13. azrul19 pada 03 Jan 2012

    Haram jadahnya best…

    kalau syok bayar cukai, best la kan…

  14. azwan11 pada 03 Jan 2012

    pehh KL je? Buat la semua negeri baru best

    • paeh pada 03 Jan 2012

      buat kat KL dulu brader… kakaka

  15. Izzat Aziz pada 03 Jan 2012

    pahtu biarkan semua wifi tu terbuka, bila semua kedai buat.. dia besambung-sambung, satu KL ada wifi senang kerja.

    security? lantaklah..hoho

  16. Pradeesh pada 03 Jan 2012

    masalah dgn orang kite. Bile aku berada kat australia , memang ada hotspot – tapi semua kena bayar . Bayar pun ikut GB/jam (1.5GB = RM 30). Maklumlah internet kat australia mahal. Tapi ade sesetengah tempat bagi free , tapi apa yang aku perhatikan ialah – diaorang tak lepak 24/7 cam orang kite (beli air , lepas tu duduk , pasang adapter lagi, download) dan bermaharajalela. Ini yang aku selalu tengo kat starbucks , intip apa diaorang buat – duduk torrent/megaupload , download , etc – x pernah fikirkan pasal orang lain

    Bagus jugak kalau ade wifi kat semua tempat , tapi harap kita tak salah gunakan (i.e duduk , lepas tu buka torrent , lps tu ambik bandwidth)

    • ejam pada 03 Jan 2012

      org kita “pandai” ambil kesempatan, ajaran dr pemimpin gak…haha *tetiba*

      • Omar pada 03 Jan 2012

        Haha. Yang salah.. salahkan pemimpin pulak.

    • topek pada 04 Jan 2012

      tambahan bro.. beli air suam or ais kosong je… pastu lepak berjam2…. mane org kedai x mengamuk.

      daripada intipan aku jugak.. ada yang sempat gak tgk movie kat youtube.. hahaha.. apee pun xbley~

    • ramlan pada 04 Jan 2012

      red tag is here. lulz.

      Ini semua agenda kerajaan untuk tarik pengundi. biasala GE nak dekat.

      • zero pada 04 Jan 2012

        ape daa.. xde kna mengena dgn gov pon.. tu semua modal peniaga sndri.. gov cuma galakkan org guna internet…

        • Omar pada 04 Jan 2012

          +1

    • AMR pada 06 Jan 2012

      +!

  17. Janjang pada 03 Jan 2012

    pengodam senyum lebar jer. makin byk lar mangsa lepas ni.
    semoga semua makin berhati-hati pasni kalau guna public wifi.

  18. Nisa pada 03 Jan 2012

    Ok ni..cool la,lepak kat mamak je.Tak payah pasang kat umah :-)

  19. Bulan Terkenal pada 03 Jan 2012

    pakai streamyx 4MBPS trus la baru terbaik

    • pokcik pada 04 Jan 2012

      UNIFI kan ade? 5MB tuh….

      • BakaNyanko pada 09 Jan 2012

        Unifi 5mbps ada limit, streamyx 4mbps xde limit. mana satu lg best? habaq mai…

  20. amoi pada 03 Jan 2012

    kedai makan tak payah sediakan plug. bateri laptop habis, orang tu blah lah. kehkehkeh
    Ada kedai makan yang tak ada plug langsung. Sebab tu tak boleh lepas berjam jam. haha

    • Hafiez pada 04 Jan 2012

      Bijak2…

    • IkmalRedza pada 04 Jan 2012

      Bagus idea anda. Sesuai untuk digunapakai oleh peniaga kedai makan.

    • Omar pada 04 Jan 2012

      Ada kedai makan kat USJ ngan Ampang buat cara camni. Ada plug tapi dia tutup.
      Letak pita pelekat. :P

  21. yapompiow pada 04 Jan 2012

    nie baru best!

  22. fiqueobiey pada 04 Jan 2012

    ini mmg best

  23. phoenixstudio pada 04 Jan 2012

    macam mana pun,public wifi mmg tak brapa nk secure ;P

  24. syahrilhafiz pada 04 Jan 2012

    pakai broadband la..haha!

  25. Maxloon120 pada 05 Jan 2012

    Baguslah nih, yang penting bukan kuantiti, tapi kualiti wifi tu..

  26. Mazrie pada 07 Jan 2012

    klu betul2 kuatkuasa bagus la…tapi tkut sekadar pasang router je…tapi off mmanjang…xleh online gak…haha

  27. DrexarN9 pada 07 Jan 2012

    Habislah semua mobile broadband provider pas ni

  28. alyrds pada 08 Jan 2012

    idea yg bagus utk kurangkan kebergantungan kpd wireless KL kerh~…. tp apa yg paling penting, user itu sendiri kena pk isu security guna wifi ditempat awam…. kepada pengusaha2 kedai…jgn buat soket plug untuk depa charge laptop…tp ada kedai aku jumpa, depa charge RM1/hr untuk guna soket………..hoho

  29. PendekarPutra pada 08 Jan 2012

    hak….mmg terbaikk…

  30. Zyand Ashand pada 10 Jan 2012

    lepas ni bleh lepas kedai makan biasa jela..xpyh dh nak lepak kt kedai mamak dh…

  31. hamdan pada 30 Mar 2012

    lepak mamak je la.. xyah pakai berukband lg hehehe


Trackbacks/Pingbacks

  1. Kedai Makan Perlu Menawarkan Wifi Bermula April Tahun Ini | Beta.my

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader