07Jan

Kemaskini Tambah Nilai Untuk Samsung Galaxy S Mula Tersebar

Gajet, Perisian

Sebelum ini, ia telah dilaporkan yang mana Samsung Galaxy S akan menerima kemaskini khas yang membawakan beberapa kemaskini dan fungsi tambahan, sebagai ganti kepada kemaskini Android 4.0. Dan hari ini, versi pembangunan kemaskini tersebut mula tersebar di internet, memperlihatkan beberapa perkara yang akan didatangkan bersama-sama dengannya.

Kemaskini yang masih berasaskan kepada Android 2.3 Gingerbread ini membawakan beberapa fungsi bersama-sama dengannya seperti sokongan Face Unlock dan juga sokongan untuk merakamkan gambar ketika sedang merakam video. Ia juga membawakan editor gambar seperti pada Galaxy S2, dan berfungsi lebih pantas berbanding sebelum ini.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun kemaskini ini daripada forum XDA Developer hari ini. Ia masih lagi tidak diketahui samada adakah kemaskini ini akan diperkenalkan secara rasmi oleh pihak Samsung, ataupun projek ini telah dimatikan oleh mereka.


RockMelt Beta 2 Membawakan Pelbagai Kemaskini
ASUS Memperkenalkan Gabungan Dua Peranti - Padfone
Celcom Menawarkan LG Optimus Pad Pada Harga Serendah RM1668
Adakah BlackBerry OS Generasi Baru Bakal Diperlihatkan Rabu Ini?
Pengguna HTCSense.com Diberikan Tempoh Sehingga 30 April Sebelum Data Dipadam

4 Komen

  1. Viz pada 07 Jan 2012

    Aik, haritu aku baca kat gsm arena update kecil ni cancel. Betul ke?

  2. DrexarN9 pada 07 Jan 2012

    diorang bukan ke nak berhentikan update untuk Galaxy S?

  3. pok pih pada 08 Jan 2012

    terima kasih good guy greg heheh

  4. Muhaimin pada 09 Jan 2012

    ye r…ni bukan update ke 4.0…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader