06Jan

Komuniti Pengguna Waze Malaysia Kini Bergiat Lebih Aktif Lagi

Web 2.0

Salah satu aplikasi popular yang berasaskan komuniti yang memfokuskan kepada perkongsian berkaitan trafik dan lalu-lintas di sekitar anda. Pada masa yang sama, ia juga membawakan sokongan navigasi bersama dengannya. Memandangkan ianya aplikasi percuma, dan berasaskan komuniti, kini pengguna Waze Malaysia juga turut dilihat bergiat aktif dalam berkongsi data melaluinya.

Melalui Waze, para pengguna boleh mengetahui keadaan trafik masa-nyata, selain turut mengetahui keadaan jalan raya sekitar anda, sekaligus memudahkan anda membuat perancangan untuk perjalanan anda. Pada masa yang sama juga, ia turut membolehkan para pengguna memuat-naik gambar keadaan jalan raya dan sebagainya, serta berkongsi bersama yang lain.

Bagi para pengguna Malaysia, untuk mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain dikalangan komuniti Waze Malaysia (tidak rasmi) melalui halaman Facebook, dan bagi mereka yang baru ingin mempelajari bagaimana anda boleh menyumbang kepada komuniti, anda boleh mengikuti tutorial ringkas yang disediakan oleh salah seorang dari komuniti Waze Malaysia ini.


MalaysiaKini Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Baru
Wolfram Alpha - Enjin Carian Matematik dan Sains
AsiaSpace Bakal Memperkenalkan AmaxAV
Gambar Yang Dipadam Lebih 3 Tahun Pada Facebook, Masih Boleh Diakses
HackrBackr - Dapatkan Idea, Mentor, Dan Pandangan Untuk Projek Anda

1 Komen

  1. izzatruslan pada 06 Jan 2012

    antara free navigation apps yang bagus.. sumber nak dapatkan koordinat pun banyak, daripada foursquare, facebook places, google maps etc.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader