12Jan

Kotak Komen Facebook Kini Turut Dioptimasikan Untuk Pengguna Mudah-Alih

Web 2.0

Salah satu perkhidmatan popular daripada Facebook adalah perkhidmatan kotak komen, yang membolehkan media dan juga blog seluruh dunia untuk menyediakan kotak komen dengan pelbagai integrasi bersama Facebook. Dan pada hari ini, pihak Facebook mengumumkan sokongan kotak komen tersebut pada platform mudah-alih, membolehkan ia diperlihatkan terus pada peranti mudah-alih para pengguna.

Dengan dunia yang memfokuskan kepada peranti mudah-alih, ia telah menjadi salah satu perkara penting untuk mengoptimasikan kebanyakkan perkara untuk peranti mudah-alih. Dan dengan adanya sokongan Facebook Comments untuk peranti mudah-alih, ia membolehkan para pemilik laman web tidak perlu risau, dan pada masa yang sama membolehkan pengunjung melihat komen-komen daripada rakan lain terus pada peranti mudah-alih mereka.

Bagi para pengguna kotak komen daripada Facebook yang sedia ada, anda tidak perlu melakukan sebarang perkara, dan ianya akan dioptimasikan secara automatik untuk para pengguna mudah-alih bermula daripada hari ini.


Laman Negaraku Kembali Beroperasi Semula
Ketahui Adakah Anda Penyokong BN Atau PR Melalui Tweet Anda
Laku.my Turut Menyertai Laman Jual-Beli Tempatan
PayPal Membuka Pejabat Di Malaysia - Mensasarkan Untuk Mengambil 500 Orang Pekerja Menjelang Penghuj...
Mau.my Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru Bermula April Kelak

8 Komen

  1. Encik Hasan pada 12 Jan 2012

    bila nak letak kat amanz.my

    • Luxuryhost@gmail.com pada 12 Jan 2012

      Sokong. +1

  2. haziqfathihin pada 12 Jan 2012

    bilq lgi amanz nak buat cmni..

  3. speedrider pada 12 Jan 2012

    aku dah test harini, memang sama dengan versi desktop

  4. topo pada 12 Jan 2012

    please jangan letak kotak komen facebook dekat amanz.my.
    sekian terima kasih

    • Fikri Adhiey pada 12 Jan 2012

      +1

  5. Nisa pada 12 Jan 2012

    Jangan letak kat page amanz.my ye :-)


Trackbacks/Pingbacks

  1. Mobile Theme | Speedrider Networks

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader