Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan MegaUpload yang dipadamkan terus daripada arena internet, dan FileSonic yang menutup fungsi perkongsian pada laman mereka, ramai yang tertanya-tanya berkenaan dengan masa depan salah satu laman perkongsian popular, MediaFire. Melalui sebuah temuramah ringkas yang dilakukan, MediaFire kelihatan akan terus beroperasi seperti biasa, dan tiada perubahan akan dilakukan padanya.

Menurut CEO MediaFire, laman mereka tidak memfokuskan kepada fail-fail berhak cipta, sebaliknya hanya menawarkan perkhidmatan perkongsian berasaskan awan seperti Dropbox dan juga Box.net.
Pada masa yang sama, MediaFire juga diperkatakan mengekalkan perhubungan yang baik dengan pelbagai badan, dan apabila mereka menerima notis berkenaan dengan fail berhak-cipta yang dikongsikan melalui perkhidmatan mereka, MediaFire serta-merta membuangnya.
Bercakap mengenai masa depan, MediaFire diperkatakan memfokuskan kepada storan atas-talian sama seperti Box.net dan juga Dropbox. Buat masa ini, MediaFire menawarkan storan fail sehingga 200MB untuk akaun percuma, dan menawarkan pilihan akaun berbayar versi MediaFire Pro dan juga MediaFire Business dengan pilihan storan tambahan.
Di Malaysia, MediaFire merupakan laman perkongsian fail yang menjadi pilihan utama, dan mungkin ianya akan terus kekal sepanjang tahun ini.
19 Komen
Tinggalkan Komen Anda
syukur… hehe
Nasib baik woooo..
Klu X manyak lugi maaa…
nasib baik
baguslah, fileserve pun dah stop bayar pengguna dan mula tamatkan akaun pengguna.
kejap. storage untuk akaun percuma tidak terhad. cuma kalau kita nak upload je terhad sehingga 200MB kan….?
sebab akaun aku dah guna dekat 1GB ni haa…
yerp. storan fail individu maksimum 200mb.
ni kroni us gov .. kalau megaupload terus main shutdown tk bg notice .. user/premium tertanya .. hidup rapidshare pasni la …
ada sumber aku yang dah guna rapidshare balik.. huhu
klau nie pun tutup susah arr pasal byk file jugak org share kat mediafire nie
alhamdulillah, kalo MF ttp mne aq nk donlod movie? nie sumer salah SOPA!!!
mana da sopa. sopa dah tamat. xupdate la ni..
yeahhhhhhhhhh……..!!!!!!!!!!!
Bagus lah
nsib baek MF ni xtutup..huhu
naseb baek la mediafire x kne…SOPAk nie mmg nyusahkan btol la…damn SOPA!!!
sampai bile la agaknye
mediafire dia xbuat earning. dia x buat affiliate. jadi dia akn ckp utk upload personal. bijak jugak MF ni..
tu beza dengan megaupload. MF pn akan delete file yg copyright..sama mcm megaupload, cuma megaupload kena sbb dia bagi earning pada uploader..
Owh…. macam tu rupanya bro scromix, baru tahu… terpikir gak kenapa syarikat lain x terus lingkup macam megaupload tu, begitu cerita dia rupanya……..
Nak elak dari disaman penguatkuasa USA, jangan pakai domain .com, .net, .org sebab pendaftaran ketiga-tiga domain ni diselia oleh syarikat pusat di USA.