Cari @ Amanz

Microsoft merupakan salah satu syarikat gergasi perkomputeran, dimana salah satu produk utama mereka adalah sistem operasi Windows. Melalui kenyataan kewangan yang dikeluarkan hari ini, Microsoft telah pun sedia mengumumkan yang mana mereka telah sedia menjual lebih daripada 525 juta lesen Windows 7 sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009.

Jikalau dilihat, Windows 7 merupakan sistem operasi yang berkembang dengan pesat penjualannya, dimana pada tahun pertama ia telah terjual lebih daripada 240 juta salinan, dan pada bulan September yang lepas, ia terjual lebih daripada 450 juta salinan seluruh dunia.

Kini, selain memfokuskan kepada penjualan, Microsoft juga dalam proses membangunkan sistem operasi generasi baru mereka, Windows 8. Versi beta pertama untuknya disasarkan untuk dilancarkan kepada umum sekitar penghujung Februari kelak, yang bakal memperlihatkan kebanyakkan daripada fungsi-fungsi yang disertakan bersama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd