Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Kami tidak pasti sejak bila, tetapi ia kelihatan baru-baru ini Maxis telah menambah sebuah pelan internet baru pada pakej mereka, dinamakan sebagai pelan data internet Facebook. Melalui pakej yang ditawarkan itu, ia membolehkan para pelanggan Maxis menggunakan Facebook Mobile secara percuma, sementara pas langganan mereka aktif.

Melalui pelan baru tersebut, Maxis menawarkan pelan internet pada harga serendah RM3 untuk 10MB penggunaan data dengan maksima selama 2 hari, dan pelayaran laman Facebook Mobile dan juga penggunaan aplikasi Java Facebook tanpa had. Namun begitu, amat mendukacitakan kerana ianya tidak menyokong aplikasi mudah-alih Facebook untuk Android, iPhone, BlackBerry dan sebagainya.
Walaupun kadar yang dikenakan oleh Maxis ini boleh dikatakan sebagai agak mahal, namun mungkin bagi mereka yang gila akan melayari laman Facebook pada peranti mudah-alih mereka, ianya merupakan salah satu alternatif untuk anda.
Oleh: Fairuz Bakar
19 Komen
Tinggalkan Komen Anda
memang cekek darah maxis ni
sumpah aku tak pernah beli… kalau aku online via mobile … aku pakai opera mini hack jer….. free lagi. oppps!. hahaha
haha..mesti guna opera mini handler kan?
ada lagi manusia macam ni? macam mana telco tak makin cekik darah. you don’t own the tube.
Hahaha, tapi kalau giler fb.. mahal pun tak ada hal lah
Blackberry user pakai la pakej RM20/month. Pastu bukak la facebook sampai lebam! Bukan setakat fb. Bbm,whatsapp,twiter,ym,4square,n etc. Lagi jimat banyak. ƗƗɑƗƗɑƗƗɑ
aku free jer…. bukan setakat FB, Youtube.. etc pon blh. haha
legit ke? haha. paying for data plan, worth it. i mean… refer to comment aku belah bawah tu~
Kepada B****2 seMalaysia, inilah pilihan paling tepat sebab anda :
1.ada smart phone, tapi anda kurang smart.
2.terlalu banyak songel, I mean, bile berkaitan dengan online2 ni, alasan anda ialah, “online kat rumah je, malas nak on kat phone” . admit it, you dont have the penny to subscribe the data plan
3.dah masuk wifi, update status bagai bagai, bile takde wifi, kantoi, you are just fags depends on wifi.
4. dan banyak lagi songelan yang aku tak mampu fikir pagi2 mcm ni.
*tertakhluk kepada golongan b**** sahaja. faham2 jela true meaning tu.
orang lain x kaya cam ko.
tak kaya buat cara tak kaya
ini komen paling best. +99999999
Kat smartphone aku, aku masukkan sim card broadband, lepastu untuk call sms aku guna nokia lampu tu. Untuk hantar gambar, pakai je email. Problem sir?
tak jadi masalah. as long you are paying. just remember you don’t own the tube.
haha.. ni teringat kisah member aku yang pakai smartphone… tp gune prepaid.. adoi la.. beli henset mahal2, tp bab data plan kedekut… apa salahnya spend kan skit utk data plan?? utk memudahkan jugak sebenarnya utk online dimana2… bukan xde telco yg tawarkan data plan yang murah2x.. klu x, apa fungsi beli smartphone?? adakah sebab nak tunjuk yang diri sendiri pun ada smartphone jugak?? hmmm….
ceh… guna DiGi, download Opera Mini then go to 0.facebook.com = FREE OF CHARGE!!
kalau tak ada coverage?
macam penulis bagitau, ia satu alternatif..kalau tempat tu dah tak ada coverage, tapi nak online bebagai kena jugak la pakai telco lain..dan bukannya soal free aje, kalau free je, alamat lingkup la telco.
macam la marxis bi ada coverage kat PENSIANGAN tu? tak payah la mau bangga sangat coverage MARXIS tu.
sEperti biasa ini adalah sifat MARXIS.