READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Dengan dunia yang mula beralih daripada web kepada aplikasi, salah satu perkara yang diberikan keutamaan oleh Microsoft melalui Windows 8 yang bakal dikeluarkan dan dilancarkan pada suku tahun keempat tahun ini adalah Windows Store. Fungsi ini tidak diaktifkan pada Windows 8 Dev-Preview, tetapi dijangka akan diperkenalkan pada Windows 8 Beta, yang bakal dilancarkan pada bulan Februari kelak.

Memandangkan pelancaran Windows 8 Beta dengan Windows Store hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi, pihak Microsoft sendiri kini telah mengambil langkah awal, dengan menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan dengan Windows Store.

Pada bulan Disember yang lepas, pihak Microsoft telah pun mengumumkan Windows Store secara rasminya, dan kini mereka menerangkan dengan lebih mendalam melalui sebuah artikel, yang turut sama memfokuskan kepada rekabentuk antaramukanya.

Seperti semua sedia maklum, Windows Store menggunakan antaramuka Metro, sama seperti Windows 8. Malah, melaluinya, Microsoft turut memfokuskan kepada penemuan dan pencarian aplikasi yang lebih mudah. Carian sebarang aplikasi boleh dilakukan melalui fungsi carian pada sistem operasi, dimana membolehkan para pengguna melakukan carian dari mana-mana aplikasi yang mereka gunakan. Dengan ini, anda tidak perlu membuka Windows Store untuk melakukan carian sesuatu aplikasi, malah boleh melakukannya dengan mudah, melalui sebarang lokasi di desktop anda.

Pemasangan aplikasi juga dijadikan lebih menarik. Dimana sebaik sahaja anda klik untuk memasang sesuatu aplikasi, ia akan secara automatik dimuat-turun, dan anda akan dibawa kembali ke katalog Windows Store, untuk meneruskan penemuan aplikasi. Fungsi kemaskini juga lebih kurang sama, serta menurut Microsoft, sekiranya anda membeli sesuatu aplikasi, ia boleh digunakan pada 5 buah PC lain. Dan sekiranya anda ingin memasang pada komputer ke-6, anda perlu membeli yang baru, atau nyah-pasang pada salah satu komputer sebelum ini.

Mungkin kita akan dapat idea yang lebih luas mengenai Windows Store sebaik sahaja ianya dilancarkan bersama-sama dengan Windows 8 Beta dalam masa beberapa minggu lagi.

Terdapat 6 komen
  1. me too…but they should’ve be more innovative…it’s just like Apple App store

Komen

Nama
Web