Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, Microsoft terus mencuba untuk menarik pengguna untuk berpindah ke perkhidmatan Windows Live mereka, dimana selepas mensasarkan para pengguna Yahoo! Mail untuk berpindah ke Hotmail, kini melalui artikel terbaru pada blog rasmi Windows Live, mereka mensasarkan pengguna GMail, dengan mengatakan mereka boleh berpindah ke Hotmail dalam tiga langkah mudah.
Salah satu sebab mengapa Microsoft mengatakan yang mana pengguna perlu berpindah ke Hotmail adalah kerana integrasinya dengan Facebook, membolehkan para pengguna membuat kebanyakkan perkara berkaitan laman sosial tersebut, terus melalui inbox Hotmail mereka.
Melalui Hotmail versi baru yang diperkenalkan baru-baru ini, ia boleh dikatakan, ianya membawakan pelbagai fungsi menarik, menjadikan Hotmail selangkah kehadapan berbanding dengan penyedia emel yang lain. Namun, mungkin ianya agak terlewat untuk Microsoft, dan perlu berusaha lebih dalam menarik kembali pengguna untuk menggunakan perkhidmatan mereka.
Salah satu langkah yang diambil oleh Microsoft, adalah menjadikan akaun Hotmail menyokong pelbagai akaun emel yang lain, melalui sokongan Hotmail Account Aggregation, membolehkan anda menambah akaun GMail, Yahoo! dan sebagainya dengan mudah.
Dan sekiranya anda ingin terus berpindah akaun daripada GMail ke Hotmail, anda boleh menggunakan perkhidmatan TrueSwitch daripada Microsoft.
Jadi, adakah anda akan berpindah daripada GMail ke Hotmail selepas ini?
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Inilah email pertama saya semasa internet mula masuk ke Malaysia awal 90an dulu. Lupa bila akaun hotmail saya mampus. Mgkn bila bill gates membeli hotmail agaknya. Masa tu yahoo mail baru mahu naik.
Android user here. So a big fat NO. Haha
gmail la best.. .aku takkan berganjak dari gmail! hehe
+1
aku pun
Gmail beyond every email.
Kalau email handler boleh tukar2 service macam nombor telefon, mungkin orang akan tukar kot.
email yang tak Hot .huahuahua
xbest la hotmail..windows live…emmm…windows live writer menghampehkn aku la..xkuar pics dlm blog..