13Jan

Minecraft 1.1 Membawakan Penambahan Sokongan Bahasa Malaysia

e-Permainan

Minecraft merupakan salah satu permainan popular yang membolehkan anda membina pelbagai perkara menggunakan blok, dan kini dengan pengenalan Minecraft 1.1, ia turut sama membawakan pelbagai penambahan menarik, dan salah satunya adalah sokongan Bahasa Malaysia bersama-sama padanya.

Untuk yang tidak ketahui mengenai Minecraft, ianya menggunakan blok sepenuhnya dalam permainan, dimana para pengguna boleh membina apa sahaja menggunakan blok. Tanpa perlu mengikuti sebarang peraturan, dan hanya perlu bersedia untuk waktu malam, dimana para pengguna perlu melindungi binaan mereka dengan pelbagai perkara yang disediakan.

Melalui Minecraft 1.1 selain daripada memperkenalkan sokongan Bahasa Malaysia dan 55 bahasa yang lain, ia juga turut membawakan beberapa penambahan baru yang lain, serta beberapa penyelesaian untuk masalah pepijat yang dikenal-pasti.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh rujuk laman rasmi Minecraft dalam mendapatkan lebih banyak informasi berkaitan dengan permainan ini, ataupun terus bermain melalui pelayar web anda terus pada laman tersebut.

Terima kasih Asyraf.


HackWeekend Kuala Lumpur Memperlihatkan 12 Projek Dilancarkan
Tiada Lagi Tanda Beta Pada Halaman Utama MyEmail
JomTTS - Nikmati Teh Tarik Dengan Mudah Bersama Rakan-Rakan Lain
Projek Direktori Siswazah UiTM - UiTMDihatiku.com Dilancarkan
Call of Duty : Black Ops 2 Pada 13 November 2012?

12 Komen

  1. Sham Hardy pada 13 Jan 2012

    main dengan kawan-kawan? sounds wrong man.. LOL!

  2. Izzat Aziz pada 13 Jan 2012

    main dengan diri sendiri, main dengan kawan-kawan duanya bunyi pelik
    main berseorangan, main ditalian lagi elok kot.. entah..hoho

  3. deleted pada 13 Jan 2012

    err…siapa yang tukang translate nih? :S

  4. Syuxx pada 13 Jan 2012

    Bermain Solo dan Bermain Berkumpulan rasanya lebih gramatis kot. Hehe

    • hezzi pada 13 Jan 2012

      +10000
      Permainan Solo n Permainan Kumpulan…

  5. kelas kau jah pada 13 Jan 2012

    Main dengan diri sendiri?
    Forever alone?
    Kelas kau jah!

  6. nurmazwan pada 13 Jan 2012

    terbaik

  7. noreply pada 13 Jan 2012

    opsyen tu terbaik. haha

  8. Mohd Isa pada 13 Jan 2012

    game apakah ini, noob gila bila tinggalkan dunia gaming…haha

  9. salazryl pada 14 Jan 2012

    Wah, tak sangka Amanz main Minecraft jugak. Aku main Minecraft dah lebih 2 tahun dah tanpa henti-henti boleh dikira builder pro lah… Hehe… Belum update lagi… Ape username Amanz?

  10. ryurain pada 04 May 2012

    tau x nak dpt premium id free mcm mana.hoho


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader