Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dewasa kini, hampir kesemua perkara mempunyai aplikasi web untuknya. Jikalau sebelum ini, kami di Amanz memperkenalkan aplikasi web untuk membuat dan menjana invois secara automatik untuk dihantar dan digunakan dalam perniagaan anda, kini sebuah lagi aplikasi ringkas, dinamakan Minutes.io muncul untuk memudahkan anda membuat minit mesyuarat.

Sama seperti pada namanya, ia memfokuskan kepada mesyuarat, membolehkan anda mengambil pelbagai perkara penting pada mesyuarat yang dijalankan, dan kemudiannya terus menghantar kepada mereka yang hadir ke mesyuarat tersebut serta-merta.
Pada laman Minutes.io, ia menyediakan sebuah antaramuka yang ringkas, dimana anda hanya perlu menggunakannya sama seperti dokumen biasa, dan mencatatkan pelbagai perkara penting yang dibincangkan, selain pada masa yang sama boleh menekankan, siapakah yang akan bertanggungjawab ke atas sesuatu perkara itu.
Kemudiannya, pada akhir mesyuarat, anda boleh terus menyiapkannya, dan para hadirin pada sesuatu mesyuarat itu akan terus menerima emel, dimana mereka boleh merujuk pada perkara-perkara yang dibincangkan, dan apakah tugas mereka.
Minutes.io mungkin tidak praktikal sekiranya anda bekerja di syarikat yang besar yang mempunyai ratusan perkara yang dibincangkan, dan melibatkan ramai orang. Namun, sekiranya anda merupakan syarikat kecil, dan malas untuk mengupah akan setiausaha khas, ianya mungkin salah satu aplikasi penting buat anda.
Berkaitan : Billable – Bina Invois Dengan Mudah
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Maybe in 2,3 years from now… everything is via cloud computing…
Pernah cuba web app ni beberapa kali. cool la juga
terbaik la….
segala2nya di hujung jari je skang
Sekarang ni semua ada app. Tak ada idea nak masak menu apa pun boleh guna app.
wa, mudah ni yg saya cari..^^
thanks Amanz!
macam macam yea sekarang :3
bagus untuk cikgu ni..
tak sangke aman meeting pasal “menjadikan diri hensem” hohoho =_=”
Thanks a lot for the nice review!
And thanks for Google Translate
Gregor
minutes.io
makin lama app yg ada makin canggih n memudahkn pengguna..