Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perkara yang mungkin menjadi dilema bagi para pekerja adalah berapakah hari cuti yang telah digunakan oleh mereka, dan juga berapa hari lagikah mereka masih boleh mengambil cuti, dari senarai cuti tahunan mereka. Kini, anda boleh menguruskan segalanya berkaitan dengan percutian anda dengan mudah melalui aplikasi MyLeave yang diperkenalkan untuk platform iOS.

Aplikasi MyLeave ini dibangunkan oleh pembangun tempatan, Zarasof Solutions, dan turut mendapat sokongan MSC ICONapps ICON2 untuk membangunkannya. Aplikasi MyLeave ini membawakan antaramuka yang lebih kurang sama dengan aplikasi lain, membolehkan anda mengendalikannya tanpa sebarang masalah. Dan menariknya, ia juga menyertakan sebuah halaman utama yang menyenaraikan ringkasan berkenaan dengan cuti tahunan anda.
Pada masa yang sama, ia juga diintegrasikan bersama-sama dengan cuti am di Malaysia dan Singapura, sekaligus memudahkan pengguna merancang percutian mereka, dan merancang bilakah mereka perlu mengambil cuti dan sebagainya.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan aplikasi MyLeave ini terus daripada kedai aplikasi pada harga $0.99, dan tiga orang yang meninggalkan komen dibawah akan dihubungi secara rawak, dan diberikan aplikasi ini secara percuma.
26 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wah best…kalau amanz bg free lagi best…meh bagi nak test…haha
Menarik ni. Mmg selalu ada masalah nak keep track cuti. Ada jugak HR yg kadang2 tersalah kira atau terlupa nak rekodkan cuti. Meh bagi aku yg free tu. Hehe.
android xde ke?
Woohoo! Rawakkan saya!
tahniah. akan hantarkan kepada emel anda sebentar lagi.
wah2….. mcm bes
public holiday malaysia ada tak ke ek….
Nakkk. Tolongla saya serius ni
Saya pengguna android. Untuk android tak ada ke ?
To Zarasof Solutions, adroid please………………
No annual leave to record. sad……..
wow! menarik… nak juga..
aku nak gak satu since aku pengguna IOS..hehe
Tahniah. Akan hubungi anda sebentar lagi.
Ak nk jgk..amanz sile bg ak apps ni..
aku nak… akukan pengomen rasmi. hehe… menarik jer apps ni.
Saya baru angkat iPad 3 minggu lepas. Januari pin masih baru jadi app ni mmg sesuai banar la. harga pun cuma 0.99 je
kawe nok jugok
best jugak, mau test apa kelebihan nie
nak!
I want this
tahniah. kami akan hubungi anda melalui emel.
mmg terbaek la applikasi ni..senang bole rekodkan cuti yg kita amik..kekadang kita lupa bape hari cuti yg diambil hehe…
wlupun sy pngguna symbian n android..sy nk gak app nie..nk hadiah kat membe sy smpena Tahun Baru Cina nie…dia pngguna tegar..br tkar pakai iphone 4s
sgt berguna kpd sy!
saya perlukan format cuti tahunan pekerja swasta.tq..