26Jan

Nokia Kerugian Sebanyak RM3.8 Billion Pada Suku Tahun Lepas

Gajet

Selepas Apple mengeluarkan laporan kewangan mereka awal sebelum ini, kini syarikat gergasi telefon bimbit, Nokia telah pun mengeluarkan laporan kewangan mereka untuk suku tahun yang lepas, dimana secara kasarnya, ia memperlihatkan kerugian sebanyak RM3.8 billion (€954 juta). Namun mungkinkah perkara tersebut berubah pada tahun ini?

Melalui laporan yang dikeluarkan, Nokia memperlihatkan, mereka telah menjual lebih 19.6 juta telefon pintar, dan 93.9 juta peranti mudah-alih pada suku tahun ke-empat.

Peranti Nokia Lumia yang menggunakan Windows Phone pula dilaporkan telah terjual lebih daripada 1 juta unit, dan ianya masih belum dipasarkan diseluruh dunia lagi buat masa ini. Nokia Lumia dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada bulan hadapan, dan set ujiannya sudah pun mula kelihatan di Nokia Store tempatan seluruh negara.

Nokia pada masa yang sama disasarkan untuk melancarkan beberapa peranti baru pada Mobile World Congress pada penghujung bulan hadapan.

Dengan peranti keluarga Nokia Lumia, dan juga Symbian yang kini dijenamakan sebagai Nokia OS, mungkinkah Nokia kembali pulih sepanjang tahun 2012 ini?


P1 Bakal Mengantikan Wiggy Dengan Shuttle?
Celcom Mula Menawarkan Bold 9900 Dan Torch 9810
Xperia Active - Telefon Pintar Yang Benar-Benar Tahan Lasak
(Video) Nyah-Kotak Nokia Lumia 800
Samsung Galaxy S3 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

9 Komen

  1. Beburung pada 26 Jan 2012

    Go Nokia Go. Sekarang Nokia dah start projek “Rolling Thunder”, keluarkan model yang power sikit demi sikit sampai Q3-Q4 2012, yang mana dia akan start keluarkan superphone.

    Mungkin decision untuk gunakan singlecore setakat ni adalah untuk eventually gunakan intipati Windows 8 pada WP8. Maybe it’s always part of the plan. Wujudkan dulu brand awareness akan platform baru, kemudian baru target high end market.

  2. androidians pada 27 Jan 2012

    pasaran Windows Phone masih terlalu kecil berbanding OS lain…mungkin perlukan beberapa tahun lagi…

    • Beburung pada 27 Jan 2012

      Rasanya dejavu kepada Android. Mula2 pasaran sangat kecil, dalam 2 tahun dah mainstream.

      Lagipun tahun ni tahun penting untuk Windows Phone. Tahun ni dia start keluarkan model2 “superphone” seperti yang dirangka dalam roadmap. Tambahan lak Windows 8 untuk tablet keluar tahun ni, jadi boleh expect tight integration pada ekosistem, yang mana tak terdapat pada Android.

      • syaz pada 27 Jan 2012

        Exactly..tahun ni is make or break for both windows and nokia. Windows phone sgt menarik actually, sebab refreshing and original dan ecosystem yg berpotensi menandingi apple. Tapi masih byk yg perlu diperbaiki lg. Secara perbadi macamana best sekalipun, quadcore, 4gb ram, 1080p screen, 20mp camera, or whatever, kalau takde memory expansion or at least 64gb mass memory, and tahap multitasking yg memuaskan, aku xkan beli, simple as that.

  3. Fikri Adhiey pada 27 Jan 2012

    Nokia should produce their own tablet with Android OS :p

    • Beburung pada 27 Jan 2012

      Saya minta maaf, tapi saya rasa nak muntah dengan “Android this, Android that”.

      Dunia semakin malas berinovasi akibat menggunakan teknologi curi. Lagipun kepelbagaian tu penting, membuatkan dunia gadget lebih berwarna warni.

      • Fikri Adhiey pada 27 Jan 2012

        k..

      • Gagger pada 27 Jan 2012

        You puke a rainbow?
        Aku sayang Android! Problem?

  4. budakudm pada 27 Jan 2012

    ;-)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader