25Jan

Nokia Lumia 910 Dengan Kamera 12 Megapixel Pada Bulan Mei Kelak?

Gajet

Peranti Nokia Lumia 900 masih lagi belum disahkan sepenuhnya akan memasuki pasaran Malaysia memandangkan ianya menggunakan rangkaian LTE yang masih belum didapati di Malaysia secara komersial. Dan menariknya, kini ura-ura berkenaan dengan Nokia Lumia 910 sudah mula kedengaran.

Nokia Lumia 800

Ia diperkatakan Nokia Lumia 910 akan memasuki pasaran Eropah sekitar bulan Mei 2012 kelak. Namun, tidak diketahui adakah ianya akan menggunakan rangkaian LTE juga, ataupun GSM. Satu-satunya informasi yang diketahui adalah dimana ianya akan membawakan kamera 12 megapixel bersama-sama dengannya.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, perkara ini tidak disahkan oleh Nokia buat masa ini. Untuk pasaran Malaysia, Nokia Lumia 800 dan Lumia 710 disasarkan untuk dilancarkan dalam beberapa minggu lagi, dengan set ujian sudah boleh didapati dikebanyakkan Nokia Store utama seluruh negara.


Windows Phone Mango Turut Membawakan Integrasi Facebook Message Dan SmartDJ
Bahagian Me Pada Windows Phone Mango Diberikan Nafas Baru
HTC Memperkenalkan HTC Sensation XE Dengan Integrasi Teknologi Beats
Peranti Pertama Symbian Belle Akan Dijual Di Malaysia Tidak Lama Lagi?
Siri Jelajah Galaxy Note Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

13 Komen

  1. faeez faster pada 25 Jan 2012

    Nokia da takde idea nak design handphone ke? Dari N9, lumian 800 n’ lumia 900 design same je~

    • pangolin pada 25 Jan 2012

      mcm iphone laa

    • zero_kbom pada 25 Jan 2012

      Itu la, kena contohi iPhone. Kan design banyak….

      OH WAIT

      Don’t fix what ain’t broke. Just saying.

    • snazzybizarre pada 25 Jan 2012

      tp design smart… nipis pulak tu….

    • Aneh&Gorila pada 26 Jan 2012

      Kau mesti bukan designer kan? hehehe

  2. rizuani pada 25 Jan 2012

    jimat cermat..beli kaler ja..letak warna warni..mcm gula2

  3. galaxy tab 7.7 pada 25 Jan 2012

    iphone same gak..
    xreti wat design lain ke?

  4. smhatta pada 25 Jan 2012

    Lambat la nokia. saya sebagai kipas susah mati nokia pun terpaksa tukar ke en samsung.

  5. DrexarN9 pada 25 Jan 2012

    Design N9 & Lumia ni best je.. x yah ubah banyak2 pun x pe yang penting OS

  6. zerous pada 26 Jan 2012

    12 mp tu….

  7. nur pada 26 Jan 2012

    rangkaian LTE belum wujud lg dekat malaysia ni.. peranti LTE dah wujud dkt m,sia ni.

  8. razfira pada 26 Jan 2012

    12 mp? hmmm… menarik.. tp bukan android… still x menarik. wakaka

  9. Masri Amin pada 26 Jan 2012

    lamanyer menunggu bulan mei


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader