Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada mengeluarkan kenyataan kewangan mereka untuk suku tahun terakhir tahun 2011, Nokia juga turut sama mengumumkan berapakah yang dibayar oleh Microsoft kepada Nokia untuk penggunaan Windows Phone pada peranti mereka. Melalui apa yang dikeluarkan, untuk suku tahun tersebut Nokia menerima sebanyak RM765 juta ($250 juta) untuk perkara tersebut.

Bayaran tersebut diterima oleh Nokia dibawah pembayaran untuk sokongan platform. Walaupun Nokia menerima bayaran daripada Microsoft, pada masa yang sama, mereka masih tertakluk untuk membayar royalti kepada Microsoft atas penggunaan Windows Phone.
Sebelum ini, ia turut diperkatakan Microsoft dan Nokia sama-sama mengeluarkan jutaan ringgit untuk tujuan pemasaran peranti Nokia Lumia, dan mungkin pada tahun ini, kita boleh melihat perkembangan positif untuk kerjasama antara kedua-dua gergasi ini.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Ni marketing baek punya.
Go Nokia Go. Sekarang Nokia dah start projek “Rolling Thunder”, keluarkan model yang power sikit demi sikit sampai Q3-Q4 2012, yang mana dia akan start keluarkan superphone.
Mungkin decision untuk gunakan singlecore setakat ni adalah untuk coincide dengan penggunaan intipati Windows 8 pada WP8. Maybe it’s always part of the plan. Wujudkan dulu brand awareness akan platform baru, kemudian baru target high end market.
dua2 terdesak utk naikkan balik jenama diorg…Microsoft introduce Windows Phone selepas kegagalan Windows Mobile & Nokia introduce WP Nokia selepas kegagalan Symbian…hope they can decrease the domination by Apple…
actually.. symbians xpernah gagal pown. Cuma populariti menurun je
Microsoft should stop produce anything! LOL!
tak LOL.
Beberapa tahun kebelakangan ni Microsoft banyak keluarkan produk yang best, macam XBox, Kinect dan even Windows Phone.
Please do more research.
sarcasm lerr.. huhu