24Jan

Nokia Telah Mula Mendominasi Jualan Peranti Windows Phone

Gajet, Microsoft

Nampaknya, mungkin kerjasama antara Microsoft dan Nokia bakal mencapai salah satu perkara yang baru, dimana melalui data rambang yang dikumpulkan, ia kelihatan Nokia kini menghampiri 50% daripada pegangan pasaran untuk pasaran peranti Windows Phone 7 generasi kedua.

Untuk makluman semua, Nokia masih belum melancarkan peranti mereka diseluruh dunia lagi, termasuk Malaysia. Untuk pasaran Malaysia, ia disasarkan untuk dilancarkan bersama-sama dengan Marketplace, sekaligus memberikan nilai menyeluruh kepada peranti yang dijual oleh mereka.

Selain daripada Nokia, nama besar yang lain adalah termasuk HTC dan juga Samsung. Namun, kedua-dua syarikat tersebut seperti tidak memfokuskan kepada Windows Phone secara menyeluruh seperti mana yang dilakukan oleh Nokia.

Di Malaysia, peranti Nokia Lumia disasarkan untuk pelancaran pada awal Februari. Harga jualan dan tarikh pasti masih tidak diketahui. Namun, ura-ura awal mengatakan ianya akan dijual bermula 10 Februari kelak.


Nokia Sweden Memperlihatkan Nokia N9 Akan Dilancarkan Dalam 49 Hari Lagi
Samsung Melancarkan 4 Peranti Keluarga Galaxy Baru
Microsoft Memperlihatkan Windows Phone 7.5 Mango Dengan Lebih Dekat
Sony Ericsson Live Dengan Walkman Dilancarkan Di Malaysia - Berharga RM999
S-Suggest Dan Games Hub Dari Galaxy S3 Kini Turut Boleh Didapati Dalam Bentuk APK

9 Komen

  1. Piratz pada 24 Jan 2012

    Go Nokia Go~…

  2. Omar pada 24 Jan 2012

    Harap harganya tak mahal sangat la..

  3. syaz pada 24 Jan 2012

    Best hardware maker, best design, so no surprise. Maybe kalau Nokia guna iOS habis iPhone pun dia balun kot. And it’s no secret sangat ramai yg nakkan Nokia dgn Android. Guess who’ll dominate the Adroid market kalau tu betul2 berlaku? Wanna bet anyone?

  4. amirzaim pada 24 Jan 2012

    nak beli hanset nokia smartphone pun agak mahal bagi saya nie, tapi at least dapat jugak nokia 200 nih…

  5. RIS-FAMILI pada 24 Jan 2012

    Apa jadi dgn Symbian oleh Nokia?

  6. zulkifli yusof pada 25 Jan 2012

    Nokia sudah ketingalan 10-0 pada Android,,,,hu,hu,hu,

  7. lieeexpArc_s pada 25 Jan 2012

    hu,,hu,,hu,,

  8. adam rossi pada 25 Jan 2012

    nokia dah abis zaman la…skrg ni zaman samsung+android la…update plsss…;)

    • Meleis pada 25 Jan 2012

      Zaman boleh berubah2.

      Lagipun Android sungguh laggy.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader