09Jan

Opera Melancarkan Kedai Aplikasi Khas Untuk Televisyen

Perisian

Selain daripada pembangunan pelayar web, kini Opera Software terus memperluaskan platform yang disokong oleh mereka, dimana sama seperti Canonical, mereka juga turut sama memfokuskan kepada pasaran televisyen dengan memperkenalkan Opera TV Store secara rasminya pada hari ini.

Melalui Opera TV Store, ia membolehkan para pengguna menggunakan aplikasi HTML5 seperti Facebook, Vimeo dan sebagainya terus pada kaca televisyen mereka, serta boleh dikawal dengan mudah melalui penggunaan alat kawalan jauh untuk televisyen.

Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah Opera TV Store bersama-sama dengan televisyen akan diperkenalkan. Mungkin kita boleh melihatnya sebelum penghujung tahun ini.


Firefox 5 Beta Dilepaskan Oleh Mozilla
Aura Membawakan Sokongan Prestasi Yang Lebih Baik Kepada Chrome
#Tips : Ketahui Adakah Peranti Android Anda Mempunyai Aplikasi Carrier IQ Ataupun Tidak
Evernote Memperkenalkan Dua Aplikasi Baru - Food Dan Hello
Tambah Pengetahuan Dalam Bentuk Interaktif Melalui Aplikasi King Of Trivia

2 Komen

  1. Omar pada 09 Jan 2012

    Dari browser, jual TV pulak dah.. :)

  2. Fahami Takaful pada 09 Jan 2012

    sepatutnya dah lama ada tv yg ada internet


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader