Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Packet One ataupun syarikat penyedia internet tempatan yang lebih dikenali sebagai P1 semestinya mempunyai salah satu tahun yang sibuk sepanjang tahun ini. Setelah mengumumkan yang mana akan memulakan ujian LTE pada penghujung tahun ini, selain bakal memperkenalkan sokongan talian jalur-lebar berkelajuan tinggi, P1 juga dijangka akan menyokong IPV6 menjelang penghujung tahun ini.
Dengan perkembangan internet setiap hari, lebih ramai yang menyertai dan mendaftarkan perkhidmatan masing-masing, menjadikan alamat IPv4 mula kehabisan, sekaligus membuatkan semua penyedia dan pengguna mula menggunakan IPv6.
Untuk makluman, P1 mengatakan semua teknologi sistem P1 telah sedia menyokong IPv6, namun fasa berikutnya adalah dalam memfokuskan kepada para pengguna, serta memastikan setiap peranti menyokongnya.
Selain daripada itu, P1 juga dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan jalur-lebar berkejaluan tinggi mereka dalam suku tahun pertama ini, hasil bekerjasama dengan pihak Telekom Malaysia.
Oleh: Fairuz Bakar
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
P1 FTW!
lambatnya..bagi la cepat sket..
hahaha….aku ada sejarah tersendiri dengan P1 WiMax nih…. lebih 2 tahun aku melanggan dan membuatkan aku cukup2 serik walaupun dia mengumumkan nak guna teknologi angkasa lepas atau UFO sekalipun……
cecite ape sejarah anda dengan p1 ni bro… nak gak aku dengar..
guna streamyx… saya memang berpuas hati dgn streamyx… lebih stabil dan laju… lebih sesuai jika menetap… jika selalu berpindah kureng sesuai….
P1, sucks. I’m gonna potong P1 soon..
harap-harap ISP lain macam celcom, maxis ngan TM pun kena upgrade internet system ke IPv6 ni…
rasernya tm tgh uprade ke ipv6
Xde bezanya IPV6 or IPV4 ni. Cuma kepanjangan IP dia je bukan kelajuan internet boleh brtambah pon.
memg la, ipv4 dah nak abes..so kena pkai ipv6 sebab user dah bertambah
As I know, TM already have a block of /32 IPv6, and already 290 of the IPv6 are used for testing purpose.
Even the modems that TM give away along with the Streamyx and Unifi plans nowadays are IPv6 ready.
But dunno when will TM going to release for the public to the these IPv6 addresses yet.
While for P1, I have not see any records of them having any size block of IPv6 yet.