12Jan

Pandang Pertama Samsung Galaxy Nexus

Gajet, Google

Samsung Galaxy Nexus sudah mula terjual di Malaysia secara tidak rasmi sejak beberapa minggu yang lalu. Galaxy Nexus ialah peranti pertama yang dimuatkan dengan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Dengan pelancaran peranti ini, salah satu soalan yang kerap kami terima sejak kebelakangan ini ialah;

“Berapa juta phone Samsung keluarkan setahun?”

Kami tiada jawapan untuk soalan diatas tetapi apa yang pasti Galaxy Nexus ialah sebuah peranti yang cantik dan kemas buatannya. Walaupun binaannya masih didominasi oleh bahan yang diperbuat daripada plastik, Galaxy Nexus lebih sedap dipegang. Bentuknya lebih ergonomik dan tiada bucuan tajam. Perbezaan lain diantara SGS2 dan Galaxy Nexus ialah tiadanya butang fizikal pada muka depan peranti. Butang kuasa terletak dibahagian kanan sementara butang kawalan bunyi dibahagian kiri. Bahagian bawah pula terletak port USB Mikro dan jack fon kepala. Ini berbeza dari apa yang terdapat pada SGS2 dimana jack fon kepala terletak dibahagian atas.

Apa bezanya ICS berbanding binaan Android sebelum ini iaitu Gingerbread dan Honeycomb? Ice Cream Sandwich ialah sistem operasi yang menggabungkan kesemua yang anda sukakan pada Gingerbread dan membuang benda yang menjengkelkan dari Honeycomb. Antaramuka ICS bergerak amat lancar apabila digunakan tidak seperti Honeycomb yang cukup terkenal dengan masalah kelembapan sungguhpun menggunakan pemproses dwi-teras.

Selain itu Galaxy Nexus menggunakan resolusi 720 x 1280 pixels pada skrin sebesar 4.6″ berbanding hanya 480×800 pixel pada skrin 4.3″ Samsung Galaxy S II. Ini bermakna kepadatan pixel per inci Galaxy Nexus ialah 316 PPI berbanding 216 pada SGSII. Sungguhpun begitu dari pengamatan kami paparan warna pada skrin SGSII lebih hidup. Adakah ini bermakna SGSII mempunyai skrin yang lebih cantik? Tidak semetinya kerana soal paparan ini terletak pada mata individu. Kami merasakan paparan warna pada Galaxy Nexus lebih sedap dipandang untuk jangka waktu masa yang lama berbanding SGSII yang terlalu terang. Ada yang menyukainya dan tidak ada juga yang tidak.

Pro – Kelebihan

  • Menggunakan Android Ice Cream Sandich yang banyak memberi penaik-tarafan dari segi fungsi dan kemampuan.
  • Resolusi lebih tinggi dan skrin lebih panjang daripada SGS2.
  • Kapasiti bateri 1750 mAh memastikan peranti ini dapat bertahan lama
  • Binaan yang lebih kemas serta selesa dipegang

Kontra – Kekurangan

  • Kamera hanya sebesar 5 Megapixel dan mempunyai sedikit masalah noise jika dibandingkan dengan SGS2
  • Resolusi besar dan penggunaan ICS akan mengakibatkan sesetangah aplikasi yang anda gunakan pada Gingerbread tidak beroperasi dengan sempurna
  • Tiada sokongan kad SD


Celcom Membawakan Blackberry Bold 9700
Google Me Akan Ikut Konsep Facebook?
Galaxy Tab 7 Plus Akan Mula Dijual Pada Awal Bulan Disember Kelak
Hasbro Menyaman ASUS Atas Penggunaan Nama Transformer Prime
Peranti Windows Phone Pelbagai Saiz Bakal Diperkenalkan Pada Masa Hadapan

28 Komen

  1. Obefiend pada 12 Jan 2012

    ye tiada sokongan kad SD……… enuff said

    • pakcik dan makcik pada 13 Jan 2012

      16GB dah okaylah tu.
      Korang nak bubuh memori SD sampai berapa?

  2. kosanostra pada 12 Jan 2012

    Tak puas dgn ulasan ini. Perlukan lebih lagi. Cth ulasan ttg NFC application dan ciri-cirinya. Pls abg obe. ;P

    • Obefiend pada 12 Jan 2012

      tak dapat review unit. Pakai beberapa jam sahaja maka review pun jenis pendek macam ini.

      • tekong pada 13 Jan 2012

        ni panjang lah ni

      • kosanostra pada 13 Jan 2012

        kalau ada 2 unit blh try those NFC application.Aku berharap ada konglomerat2 kat Malaysia ni yg dapat sponsor AMANZ untuk buat review yg lebih padat dan terkini. Low Yat forum is sooo lammeeeeee!!

        • obefiend pada 13 Jan 2012

          dah try NFC dengfan SGS2. Kompatibel. Swipe video antara dua peranti. Laju dan konvenien macam WIFI DIRECT. Wifi Direct pun ramai orang tak guna jugak walaupun dua dua pakai SGS2. lowl. Pasal apa? Pasal ramai tak baca manual dan tak godek semua fungsi yang ada. Ada pengguna SGS2 tak tahu boleh ubah setting tone warna pada telefon mereka juga. Pelik tetapi benar.

          Guys. Sila baca manual sampai lebam

          • lokei pada 13 Jan 2012

            +1

  3. awis pada 12 Jan 2012

    xde sd tp boleh gune media transfer mode. xyah unmount sd utk bace kat PC..

  4. Zyand Ashand pada 12 Jan 2012

    bila la mampu nak beli….2 3 thun kum;pul duet blum tentu lgi

  5. azrijohan pada 12 Jan 2012

    cantik, but baca komen obe.. takde sokongan SD pulak..aishh -.-

  6. boboiboy pada 13 Jan 2012

    ios gak yg terbaik…

    • mirul pada 13 Jan 2012

      Raspberry Pi gak terbaik

  7. ezry pada 13 Jan 2012

    yeeaah…!!!!!

  8. sinach pada 13 Jan 2012

    kalo bukan sbb pure google dan android 4.0,aku rase phone ni agak ketinggalan. tp ICS ni very tempting laa..

  9. Haziq pada 13 Jan 2012

    cool.

  10. IkmalRedza pada 13 Jan 2012

    Obe, setakat ni ramai yang guna stock rom kata battery tak tahan lama. Kena pakai custom rom tertentu baru boleh tahan lama sikit. Sikit aje la. Takpe nanti aku pun nak try yg stock rom jugak ye.

    • obefiend pada 13 Jan 2012

      tak tahan lama tu berapa jam ye? boleh kasi info lebih sikit. Bagi aku anything dalam 9-10 dikira bagus. Macam NOTE dan Tab7+ .

      • IkmalRedza pada 13 Jan 2012

        Seingat aku takde la lama sangat sampai 9-10 jam. Kiranya diorang compare Nexus ngan S2 pun on par. Rasanya kena update patch baru dulu, baru OK sikit battery dia.

        • Obefiend pada 13 Jan 2012

          ok la kot on par dengan sgs2 ….. bateri NOTE dan TAB 7+ lagi besar so mestilah lagi lama tahan

  11. wunan pada 13 Jan 2012

    betul ke speaker dia cepat rosak? tolong jelaskan abg obe?

    • Obefiend pada 13 Jan 2012

      no idea pasal barang baru. mana nak tahu cepat rosak ke tak. sukar untuk menjawab soalan ini

      • wunan pada 13 Jan 2012

        saound dia slow ckit ke atau biasa?

  12. Beburung pada 13 Jan 2012

    Graphics core dia PowerVR SGX540, tu dah dari zaman Galaxy S yang first lagi.

    Personally rasanya lebih baik tunggu device ICS yang bakal menyusul kemudian. Rasa takde keperluan kalau baru lagi nak beli Galaxy Nexus ni melainkan anda adalah seorang app developer.

    Yup, ada banyak optimization dari segi OS pada ICS tapi ia setakat di situ sahaja. Dari segi hardware, Galaxy Nexus ni separa terbaru separa ancient.

  13. IkmalRedza pada 14 Jan 2012

    Aku dh try stock rom, pakai secara kasual boleh la lepas dalam 7 jam. Itu pun byk dah apps yg berlari di latar belakang.

  14. Mayang Abadi pada 15 Jan 2012

    nak satu.. sapa nak sponsor? hihihihi

  15. Aminiesta pada 28 Jan 2012

    Tiada lagi pilihan lain. Selepas Nokia menghentikan sokongan terhadap dua OS hebat Symbian dan MeeGo , tiada yang dapat menggantikannya melainkan pure Android OS. Sorry N9, kamu hebat tapi aku benci Nokia.

  16. abdullah pada 27 Mar 2012

    sape2 tahu cara nak baiki wifi hp smsung s 2??..sy punya wifi blh on tp xleh off..pstu xleh detect kws y ada wifi..plzz help me…huhu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader