15Jan

Pelancaran Nokia Lumia Di Malaysia Pada 10 Februari Kelak?

Gajet, Microsoft

Bagi para peminat peranti Windows Phone dan juga Nokia, semestinya salah satu peranti yang dinantikan adalah Nokia Lumia. Walaupun ia tidak diketahui secara rasminya bilakah ianya akan dilancarkan, beberapa ura-ura memperkatakan yang mana Nokia bersama-sama dengan Microsoft Malaysia bakal melancarkan peranti tersebut di Malaysia sekitar bulan Februari kelak. Mengikut sumber terdekat kami, ia diperkatakan Nokia Lumia bakal dilancarkan di Malaysia pada 10 Februari kelak.

Buat masa ini, perkara ini masih lagi tidak dapat dipastikan sepenuhnya. Namun begitu, Nokia sendiri telah mula mempromosikan peranti tersebut melalui Twiter dan juga laman utama Nokia Malaysia turut sama telah dikemaskini dengan memperlihatkan peranti Nokia Lumia pada halaman utama.

Selain daripada itu, Nokia Malaysia juga turut sama mengesahkan yang mana Nokia Lumia 900 akan hadir ke Malaysia, dan maklumat lanjut berkaitan dengannya akan diketahui dalam beberapa minggu mahupun bulan.


Silverlight 3 Bakal Di Persembahkan Mac 09
Samsung Galaxy Nexus Akan Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi
Panduan Pengguna Xperia S Kini Ditawarkan Dalam Bahasa Malaysia (PDF)
HTC One X Di Malaysia Dalam Seminggu Dua Lagi
Microsoft Memudahkan Mengakses Menu Boot Pada Windows 8

5 Komen

  1. azwan11 pada 15 Jan 2012

    Macam lagi berbaloi tunggu Lumia 900. Skrin pun lagi besaq. Tapi sayang RAM 512 je. Nokia Y U NO GIVE 1 GB?!!

    • Meleis pada 15 Jan 2012

      - Lumia 900 hanyalah US-exclusive. Malaysia lambat lagi nak ada LTE, jadi dia takkan lepaskan phone ni ke Malaysia.

      - Windows Phone sangat efficient. Tak perlukan RAM besar pun sangat lancar, tak stuttering dan tak crash (dibandingkan dengan certain platform).

      Apa yang berlaku di sini ialah fahaman end-all-be-all bahawa sesuatu OS memerlukan at least 1GB RAM diakibatkan oleh pengalaman awal pada Android OS yang sangat resource-hogging dengan pengurusan memori background apps yang agak lacking.

      Fun fact: RAM pada XBOX360 cumalah 512MB, pada PS3 cumalah 256MB. Elok je dia berdua jalankan benda yang berat2.

      • DrexarN9 pada 15 Jan 2012

        agreed.. semua depends pada OS dulu.. kalau OS tu boleh pakai 512mb utk full performance, buat apa nak bayar 2 kali ganda.

  2. Ahmad Fuad Adzmi pada 15 Jan 2012

    tau xpe,, dah lambat


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader