15Jan

Pelancaran Skype Untuk Windows Phone Semakin Hampir?

Microsoft

Dengan Skype kini dibawah Microsoft, semestinya mereka akan mengintegrasikan aplikasi panggilan suara dan video tersebut dengan lebih mendalam pada Windows Phone. Ia masih lagi tidak diketahui bila, tetapi diperkatakan, akan dilancarkan tidak lama lagi untuk Windows Phone.

Skype Windows Phone

Perancangan untuk versi Windows Phone telah dilakukan sejak tahun lepas lagi, dimana pada awalnya telah disasarkan untuk pelancaran hujung tahun 2011. Namun terpaksa ditangguhkan, berkemungkinan Microsoft merancang sesuatu untuk Skype dan Windows Phone.

Walaupun tiada sebarang berita rasmi daripada pihak Microsoft sehingga kini, beberapa ura-ura memperkatakan mungkin Skype untuk Windows Phone akan dilancarkan pada Mobile World Congress yang bakal diadakan pada bulan Februari kelak.


Microsoft Touch Mouse Bakal Mula Dijual Di Malaysia Bermula Bulan September
Windows 8 Membawakan Perubahan Pada Fungsi Pengurusan Fail
Microsoft Akan Memberikan Tablet Empat-Teras Pada Acara BUILD?
Microsoft Memperlihatkan Sokongan Panggilan Video Pada Windows Phone Mango
Windows 8 Akan Menyertakan Pengurus Akaun Dan Kata-Laluan Terbina

2 Komen

  1. Azlin Azfar pada 15 Jan 2012

    Panggilan video skype untuk Nokia Belle takde ke?

  2. mohdnazo pada 15 Jan 2012

    semua orang akan berhubung menggunakan skype tak lama lagi


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader