Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Walaupun sepanjang tahun lepas Symbian memegang takhta sebagai platform paling popular pada pasaran global mahupun Malaysia sendiri, namun permulaan tahun ini membawakan pelbagai perubahan pada siapa yang memegang takhta, dimana kini Android telah pun melangkaui Symbian dengan hanya beberapa peratus perbezaan antara kedua-duanya.

Melalui data yang dikeluarkan oleh StatCounter, kini Android merupakan platform dan sistem operasi mudah-alih yang paling banyak digunakan di Malaysia, dengan pegangan pasaran sebanyak 30%, manakala Symbian hanya dibelakang sedikit sahaja dengan pegangan sebanyak 29%.
Walaubagaimanapun, mungkin ianya masih lagi data awal, memandangkan bulan Januari baru sahaja bermula. Mungkin kita akan dapat melihat perubahan yang lebih ketara pada penghujung bulan ini, dengan beberapa peranti baru Android seperti Galaxy Nexus yang disasarkan pelancarannya di Malaysia, selain Nokia yang kini mula memfokuskan kepada pemasaran peranti Windows Phone, melalui keluarga Lumia mereka.
20 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Aku guna android kerana ia bukan sekadar telefon mudah alih tetapi ianya adalah gajet walaupun di tempat tak dapat line.
Android FTW!
android sekarang ni dah jadi gadjet yang mampu di miliki…no wonder lah
android memang terbaik..
best
ok la 2…
symbian boleh naik balik tu..tunggu je.mesti naik punya la.confirm.
xkan. dh susah nk jumpe org yg pkai smartphone nokia
symbian tak boleh naik balik tu..tak guna tunggu.mesti tak naik punya la.confirm.
sokong linux phone… android adalah linux phone
aku guna android sebab notebook aku pun guna android 4.0 … kadang guna chrome os
android ada yg dijual murah. mcm galaxy y
masyarakat dah mula cerdik…skrg sebut jer nokia,symbian, org jebeh….
Tak faham kenapa orang kita benci sangat kat symbian. Walhal Symbian la yg diorang guna pada zaman model ‘sabun’, ‘daun’, n-gage n model2 yg meletup sekitar 2000 ke 2007 lebih kurang. Tanpa Symbian diorang takkan tahu apa itu smartphone dan kerana Symbian lah mobile os lain muncul. Symbian sekarang tidak macam dulu. Tiada lagi ‘hang’, lembab n lain2 cacat cela. Symbian sekarang lebih mudah digunakan, stabil (tak perlu restart banyak kali) jimat pengunaan bateri dan lebih lancar pd spec hardware yg rendah. Tetapi belum tentu Nokia akan menamatkan sokongan utk Symbian pd 2016. Mungkin akan terus maju lebih dr OS lain. Who knows.
Saya juga pengguna Android. Saya tahu apa kelebihan dan kekurangan kedua2 mobile OS ini. Tak perlu lah nak kondem sesama sendiri kerana hal2 remeh sebegini boleh membuat kita berpecah belah. Sepatutnya bangsa kita perlu mencipta mobile OS sendiri dari membanggakan barangan ciptaan orang asing. Sekian.
berpecah belah engkau..hambek!!!kihkih dah mcm parti politik WinkWink!!^_^
ye la. orang zaman skarang sensitif sangat. bila kondem sikit nak terasa, lepas tu gaduh. tak elok la mcm tu.. hehe
Symbian kan lagend… x mengenang budi. blaja smartphone dari sybian… jumpe yg lagi better, kutuk pulak tu. hegehe
symbian di hatiku selalu””ade budak ak dh guna robot hijau kembali ke alam symbian balik……mnkin sb dia rase robot hijau terlampau bagus utk dirinya
aku igtkan blackberry lagi byk sbb tempat aku gile blackberry dan susah utk cari android user and in my family 3 person is using blackberry and i’m the only android user and glad to see that there’s more and the most…
Family aku 8 orang, semua menggunakan Nokia…
4 orang gunakan Symbian smartphone.
4 orang lagi embeded OS, termasuk mak dgn ayah aku.