Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Berbeza dengan cara pemasaran sebelum-sebelum ini, kini Nokia Malaysia membawakan konsep berbeza untuk peranti Windows Phone mereka, Nokia Lumia. Jikalau sebelum ini, mereka jarang sekali mengeluarkan atau mempamerkan peranti mereka sebelum dilancarkan, ianya berbeza kali ini, dimana peranti Nokia Lumia sudah pun mula kelihatan di kebanyakkan Nokia Store seluruh negara.

Ia kelihatan yang mana Nokia Malaysia sudah pun mula mempamerkan peranti Nokia Lumia mereka di kebanyakkan Nokia Store utama seluruh dunia, membolehkan para pengguna hadir dan mencuba peranti tersebut, sebelum ianya dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.
Namun, dua perkara yang masih lagi dirahsiakan oleh Nokia Malaysia adalah harga dan tarikh pelancarannya. Ura-ura mengatakan yang mana Nokia mungkin akan melancarkannya pada 10 Februari kelak. Mungkin juga kita akan dapat melihatnya lebih awal, ataupun lebih lambat. Berkemungkinan juga pelancarannya bergantung kepada pelancaran Marketplace oleh Microsoft di Malaysia.
Walauapa pun, bulan Februari kelak, semestinya salah sebuah bulan yang menarik untuk para peminat Nokia, dimana selain pelancaran Nokia Lumia di Malaysia, kemaskini Nokia Belle juga dijangka akan diperkenalkan pada bulan tersebut.
Nokia Lumia 800 is displaying at Nokia Store Malaysia now! twitter.com/tallboyz/statu…
— Joshua Wong (@tallboyz) January 22, 2012
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
hope dapat sambutan la
Nokia FTW!
aku nampak e – internet explorer..hahahaha pangkah!
Errr…jangan jadi katak bawah tempurung.
Tengok di sunway semalam. Tapi x functional … tak boleh nak test
dah abis zaman la org guna nokia…skrg zaman android la…booooooo okia…;)
Semua post Nokia Windows Phone kau nak berak.
FagDroid.
Nokia Lumia 800 ni macam best la
.. Kalau ada sape2 nak kasi satu kan best. Boleh pair kan dengan N9 aku haha
Dah cuba di Kedai Nokia bukit tinggi Klang…1st impression wow…smooth, best.
ok kita tengok sapa yg 1st pakai dan sapa yg 1st komplen..haaaaiyaaaa
Saya pakai Windows Phone 7 sekarang. No complaints whatsoever. Memang ada a few niggles, tapi bottom line is, Microsoft memang dah ada asas yang kukuh untuk OS ni.
Dell Venue Pro user btw.
Boleh root ke
???
Anda masuk salah kedai ni.