11Jan

Permainan Berasaskan Google Maps Bakal Diperkenalkan Pada Google+

Google

Selain daripada Nokia Maps, aplikasi pemetaan yang paling popular, dan tepat adalah Google Maps yang mana digunakan secara meluas, pada pelbagai aplikasi dan juga peranti. Dan kini nampaknya, Google terus menambah beberapa perkara dalam terus mempromosikan Google Maps, dimana kini salah satu video dimuat-naik, memperlihatkan mereka bakal memperkenalkan sebuah permainan berasaskan Google Maps.

Melalui penerangan yang diberikan oleh pihak Google, mereka mengatakan permainan ini bakal diperkenalkan pada platform Google+ tidak lama lagi, serta akan menggunakan teknologi WebGL untuk menjananya. Tarikh pelancaran rasmi permainan ini masih lagi tidak diketahui sepenuhnya, tetapi disasarkan pada bulan Februari 2012 kelak.

Dan pada masa yang sama, bagi anda yang gemari untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Google Maps, sebuah halaman khas disediakan, membolehkan anda mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengannya.


Pautan G1 Pada Muka Utama Google
Google Lancarkan GMail Mobile 2.0
Swiffy Membolehkan Fail Flash Diubah Menjadi HTML5
Antaramuka Aplikasi Google+ Untuk Windows Phone Mula Kelihatan
Samsung ChromeBook Series 5 Digunakan Pada Pelancaran YouTube Malaysia

6 Komen

  1. AMR pada 11 Jan 2012

    menarik!

  2. abdjabbar pada 11 Jan 2012

    Menarik dan tertarik! Terbaik!

  3. Jyundoo pada 11 Jan 2012

    xdapat bygkan lagi. lagu mano gamne nye ni

  4. RIS-FAMILI pada 11 Jan 2012

    Rasanya macam Foursquare campur Monopoly.

  5. Pisyek pada 11 Jan 2012

    lepas ni main polis sentri dalam googlemaps la pulak. LOL.

  6. Hakemz pada 01 Feb 2012

    apa game da guna peta gitu..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader