15Jan

Dapatkan Gambar Berkualiti Untuk Kandungan Anda Melalui PhotoPin

Tips Dan Tutorial, Web 2.0

Pada hari ini, kebanyakkan penulis blog mahupun penghasil kandungan menggunakan laman carian Google dalam mendapatkan gambar untuk artikel mereka. Perkara ini kadang-kala adalah bertentangan dengan hak cipta sesuatu gambar dan sebagainya. Untuk makluman, beberapa laman menyediakan perkhidmatan seumpamanya, dan salah satunya adalah PhotoPin.

Melalui PhotoPin, ia membolehkan para pengguna membuat carian gambar-gambar yang dilesenkan dibawah akta Creative Commons, sekaligus membolehkan mereka menggunakan gambar-gambar pada kandungan mereka dengan mudah, dan tentunya dengan menyertakan pautan kredit kepada pemilik gambar tersebut.

Buat masa ini, PhotoPin membuat carian daripada laman Flickr, selain turut menyertakan pilihan untuk membeli gambar daripada beberapa laman jualan gambar terkemuka.

Bagi mereka yang berminat dalam mendapatkan gambar-gambar berlesenkan Creative Commons untuk digunakan dalam kandungan mahupun blog atau laman web, mungkin anda boleh menjenguk laman PhotoPin, selain daripada laman-laman stock photo yang lain.


Twitter Bakal Mengenakan Caj Untuk Akaun Syarikat?
GengFotografi.com Bakal Di Tamatkan?
Angka Pengguna Groupon Malaysia Melangkaui 500,000 Orang
ShoutMix Menghentikan Perkhidmatan Percuma Bermula Januari 2012
(Konsep) Rekabentuk Yang Lebih Kemas Untuk Aplikasi iPhone Untuk Maybank2U

9 Komen

  1. EddyGeek pada 15 Jan 2012

    cool!.. harap ramai lebih beretika lepas mengenali PhotoPin,
    xle terima la ramai tulis kredit imej : Google.

  2. Mus pada 16 Jan 2012

    smart doo…

  3. blackrosehunter pada 16 Jan 2012

    sebelum ni pernah jumpa laman web yang menyediakan gambar percuma mcm ni..tapi dah lupa..

  4. Teratoman pada 16 Jan 2012

    http://sxc.hu — the best ever

  5. Haziq pada 16 Jan 2012

    cool.

  6. sepul pada 16 Jan 2012

    asal sejibik ngan artikel nih?
    http://legendtail.blogspot.com/2012/01/dapatkan-gambar-yang-berkualiti.html

    • Aman pada 16 Jan 2012

      Dia Copy-Paste rasanya, sebab dia tarik dengan kotak komen web Amanz sekali.

      • Kaio pada 16 Jan 2012

        hahaha. aman dah marah. nampak komen dia kt blog budak tu.

  7. nazmi pada 16 Jan 2012

    cool + smart….


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader