Cari @ Amanz

Selain daripada pelayar web popular mereka, Firefox, pihak Mozilla juga kini dalam pembangunan platform mudah-alih mereka yang berasaskan HTML dan juga JavaScript, dinamakan sebagai Boot 2 Gecko. Ia masih lagi dalam peringkat awal pembangunan, dan kini beberapa video mula kelihatan memperlihatkan beberapa perkara asas padanya.

Melaluinya, ia menggunakan enjin Gecko yang digunakan disebalik Firefox dan juga Thunderbird. Pada masa yang sama, ia juga memfokuskan sepenuhnya pada web, dan menggunakan aplikasi HTML padanya.

Dan melalui demo yang diperlihatkan, ia menunjukkan para pengguna juga boleh melihat kod sumber disebalik sesuatu aplikasi dengan mudah, dengan hanya menyentuh ikon atau skrin pada aplikasi untuk suatu tempoh yang lama.

Buat masa ini, Boot 2 Gecko ini masih lagi pada peringkat awal, dan mungkin antaramuka akhirnya dan fungsi-fungsi yang bakal diperkenalkan padanya berbeza pada peringkat akhir kelak.

Namun, ianya sesuatu yang menarik untuk memperlihatkan perkembangan Boot 2 Gecko yang kelihatan agak menarik, dan amat bersesuaian dengan dunia web dan internet yang berkembang pesat dari hari ke hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd