23Jan

RakanSukan Hanya Mempunyai Kurang 500 Pengguna Berdaftar – Bekerjasama Bersama ILuvIslam.com

Web 2.0

Laman sosial merupakan salah satu kegilaan pada zaman sekarang, dimana ianya didahului oleh Facebook yang menjadi gergasi kepada laman sosial. Namun, ia tidak menghalang daripada laman-laman baru dibangunkan, dan salah satunya yang mendapat sokongan Dana Belia sejak daripada tahun lepas adalah RakanSukan.

Namun, amat mendukacitakan adalah kerana pembangunnya seperti gagal memasarkan laman sosial tersebut dengan betul. Ketika artikel ini ditulis, bilangan angka pengguna berdaftar yang diperlihatkan pada laman RakanSukan adalah hanya lebih kurang 432 orang sahaja, salah satu angka yang amat mendukacitakan sekali untuk laman yang mendapat dana sebanyak RM150,000 daripada kerajaan.

Pada awal bulan ini juga, pihak RakanSukan juga turut sama telah mengumumkan kerjasama dengan pihak I Luv Islam. Namun masih tiada sebarang perkembangan mengenai apakah kerjasama tersebut, dan bagaimanakah kedua-dua pihak akan mendapat keuntungan daripadanya.

Melalui laman utama RakanSukan juga, ia diperlihatkan mereka akan melancarkan perkhidmatan mereka sepenuhnya pada bulan Januari. Ia tidak diketahui adakah ianya akan diteruskan ataupun ditangguhkan oleh pihak mereka. Sama-sama kita nantikan perkembangan salah satu laman sosial tempatan ini.


Dapatkan URL Facebook Anda Sekarang
MindValley Bakal Memperkenalkan Aggregator Untuk Laman Diskaun?
Perkhidmatan Gambar Twitter Menggunakan URL Pic.Twitter.com
VoucHEREs Bakal Menjadikan Dunia Kupon Dan Diskaun Tempatan Lebih menarik
Mentari Works Bakal Melancarkan Perkhidmatan Untuk Pencari Kerja - Kdnp.me

8 Komen

  1. topo pada 23 Jan 2012

    aku teringin sangat nak tengok pecahan penggunaan RM150 ribu tu

  2. beliamuda pada 23 Jan 2012

    Rugi sangat la kalau dana RM150k tu tak diguna dengan efektif.

  3. ceghap pada 23 Jan 2012

    better lagi sockerleaks.blogspot.com xd dana apa2 pon. haha

  4. titan pada 24 Jan 2012

    dapat dana banyak. tapi promosi hancur. tak guna gak.

  5. Fizie pada 24 Jan 2012

    hemm… klu dana banyak tu dia tanam cili mungkin dah bawa pulangan besar tiap2 bulan. hehe

  6. feerlo pada 24 Jan 2012

    Selain develop site, a big chunk of dana yg diberi tu sepatutnya digunakan utk promosi. Kalau org tak tau susah juga…

  7. Me pada 24 Jan 2012

    Member aku pernah apply dana belia dan dipanggil untuk present idea dia tapi tak de rezeki. Idea dia agak bagus tetapi tak cukup strong untuk pikat juri2 kat dana belia tu. First batch yang berjaya dapat dana belia ni hanya 6 orang/kumpulan je. Bagi aku separuh daripada idea-idea yang berjaya tu adalah idea merepek dan tidak unik langsung. Aku percaya ada ramai yang bagi idea yang lebih baik tetapi gagal.

    Sepatutnya bila dah berjaya dapat dana ni gunalah dengan sebaiknya.

    Adakah rakan sukan ini dikira gagal? hoho..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader