11Jan

Reddit Menutup Laman Mereka Selama 12 Jam Sebagai Tanda Protes SOPA

Web 2.0

SOPA adalah salah satu akta yang akan diperkenalkan di Amerika Syarikat yang akan memberikan kesan menyeluruh kepada seluruh dunia kerana kebanyakkan syarikat internet besar adalah berasaskan disana, serta penyedia nama domain .com, .net, dan .org berpangkalan disana. Dan sebagai tanda protes, kini Reddit mengumumkan mereka akan mematikan laman mereka selama sehari pada 18 Januari kelak.

Walaubagaimanapun, sebagai ganti, para pengguna yang melayari laman Reddit pada 18 Januari kelak (19 Januari di Malaysia), mereka hanya akan diperlihatkan dengan info-info berkaitan dengan SOPA dan apakah kesan daripadanya kelak.

Selain daripada laman terkemuka Reddit, beberapa gergasi, seperti Google, Wikipedia dan sebagainya turut sama memperlihatkan tanda bantahan, dan meminta perkara ini dimansuhkan. Namun, masih tiada sebarang pengumuman lanjut berkaitan dengannya, dan perkara ini akan dibahaskan disana tidak lama lagi.

Beberapa ura-ura sebelum ini turut mengatakan, laman-laman seperti Google, Facebook dan sebagainya turut sama akan melakukan protes ke atas SOPA tidak lama lagi.


Pownce Bakal Menamatkan Servisnya
WordPress 3.0 Bakal Membawakan Pelbagai Perkara Baru
Skype Menerangkan Kegagalan Perkhidmatan Tempoh Hari
SoftSpace Bakal Menawarkan Sokongan Pembayaran Seumpama Square Di Malaysia
SoftSpace Mensasarkan Memperkenalkan Perkhidmatan Mereka Seawal Bulan Julai

11 Komen

  1. beliamuda pada 11 Jan 2012

    Bantah la beramai-ramai. Tengok macam mana pula cara Google dan Facebook.

  2. eSafarEE pada 11 Jan 2012

    agak2 SOPA ni affect malaysia x? sbb kite pun byk ambik content dr mereka..

    • wajik dan dodol pada 11 Jan 2012

      Kalau kau guna webhosting Malaysia, tak ada effect pun sebenarnya.
      Tetapi, kalau kau guna webhosting USA, siaplah nanti, kalau ada ajer hanya satu link yang copyright-infringement, terus domain kau kena blacklist serta-merta, dan kau tak ada peluang untuk bela diri, sama macam ISA lah ni, hukuman serta-merta…

      • Faizal Bahruddin pada 11 Jan 2012

        dgn kata lain, nnt org amerika jadi makin bodoh…. hahahaha…

      • Luxuryhost pada 11 Jan 2012

        Transfer webhosting ke Malaysia la

      • pyrozyro pada 11 Jan 2012

        apa lagi .. BUKAK BUKAK BUKAK PAGAR – tidur baring kat KEDUTAAN USA la….

      • anazhd pada 11 Jan 2012

        setau aku SOPA ni mcm badan international. die akan arahkan Malaysia skali ( MCMC ) untuk laksanakan SOP Act. ( SOPA ). dunno lah.

    • AF pada 11 Jan 2012

      Rasenyer.. akan effect. Ingat, Amerika pun dah mula mengecam Sain kerana piracy, apatah Malaysia yang kecil ni. Kalau webhosting kat Malaysia pun, kebanyakkan content, link, inspirasi pun agak banyak dari USA. SOPA and PIPA ni memang akan menghancurkan internet, sebabkan oleh DNS servers dan kebanyakkan masih berpusat dari Amerika. China, North Korea dan Iran, tak pasti

      • naah pada 29 Jan 2012

        Hah! Stuju! Silap silap nanti, takde lagi laa internet nanti… Ish ish ish… SOPA & PIPA
        tak patut! Huh.. Sabar je laa…

    • ariff pada 17 Jan 2012

      Kalau SOPA ada kat US, malaysian gov akan ikut guna sekali. Then again, kalau dah ada SOPA, effect dia worldwide sebab most internet giants kat US

  3. amirzaim pada 11 Jan 2012

    mana-mana kompeni sokong akta ni…comfirm kompeni ni kena down teruk-teruk lepas ni…..last-last ada potensi untuk dibankrapkan!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader