23Jan

Research In Motion Menerima CEO Baru – Adakah BlackBerry Akan Kembali Popular?

Gajet

Dengan tahun 2011 yang agak menyedihkan buat pihak Research In Motion, ramai yang menantikan perubahan besar daripada pembuat peranti BlackBerry tersebut. Sebelum ini, beberapa ura-ura kedengaran berkenaan dengan pengambil-alihan syarikat tersebut. Walaupun kesahihannya tidak diketahui, kini RIM membuat perubahan besar, dengan memperkenalkan CEO baru, Thorsten Heins.

Dengan perubahan pentadbiran, mungkin kita akan dapat melihat sesuatu perubahan daripada pihak pembangun BlackBerry tidak lama lagi. Salah satu perkara yang dinantikan adalah platform baru mereka yang berasaskan QNX, iaitu BlackBerry 10.

Buat masa ini, masih tiada sebarang tarikh pasti mengenai bilakah ianya akan dilancarkan bersama-sama dengan peranti baru mereka. Namun, salah satu perkara yang diketahui, Research In Motion kini bersedia untuk melesenkan perisian mereka itu kepada pembangun peranti lain, sekaligus membolehkan mereka memberikan akses kepada BlackBerry Messenger, dan beberapa kelebihan lain pada platform tersebut di peranti lain.

Melalui perubahan ini juga, mungkin CEO baru akan sedikit tertekan untuk menaikkan kembali jenama BlackBerry itu sendiri.

Walauapa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan sihat daripada salah satu syarikat pengeluar peranti terkemuka ini.


RIM Memperkenalkan BlackBerry PlayBook
ASUS Memperkenalkan Gabungan Dua Peranti - Padfone
Sony Ericsson Malaysia Memperkenalkan Xperia Arc S
Huawei MediaPad Berharga RM1399 - Bakal Dijual Di Malaysia Oktober Ini
Canon Melancarkan Kamera DSLR Terbaru - Canon EOS 5D Mark III

5 Komen

  1. snazzybizarre pada 23 Jan 2012

    fall of BB

  2. Ahmad Fuad Adzmi pada 23 Jan 2012

    lagi teruk la

  3. GengBBM pada 23 Jan 2012

    Mungkin pengguna BB perlukan kekuatan yg baru… tidak brgantung kpd Chat BBM shj..

  4. Sutramaya pada 23 Jan 2012

    Katalah apa orang nak kata. Pakai BB sampai bila2 :)

  5. adam rossi pada 25 Jan 2012

    sabo2…pasni samsung akan beli bb…so bb akan kembali menyinar di samsung…:)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader