15Jan

Samsung Bakal Menyatukan Bada OS Bersama-sama Dengan Tizen

Gajet, Perisian

Salah satu sistem operasi yang dibangunkan oleh Samsung secara sediri adalah Bada OS, dan pada bulan September lepas, mereka telah menyatakan sokongan untuk sistem operasi Tizen, dibangunkan bersama Intel. Dan menariknya, kini dilaporkan, Samsung bakal menyatukan Bada OS bersama-sama dengan Tizen tidak lama lagi.

Menurut Samsung, usaha tersebut telah pun dimulakan, dan tidak diketahui bilakah ia akan siap sepenuhnya. Melaluinya Tizen akan menyokong aplikasi yang dibangunkan menggunakan Bada SDK, dan kelak, kedua-dua sistem operasi, Bada dan Tizen akan diberikan SDK dan juga API yang serupa.

Bada sendiri kini merupakan salah satu platform yang popular, dimana digunakan oleh sebanyak 2% telefon pintar seluruh dunia, walaupun masih tidak dipasarkan secara menyeluruh dinegara-negara seluruh dunia. Baru-baru ini, Samsung Malaysia telah melancarkan peranti Bada OS 2.0, iaitu Samsung Wave 3 ke pasaran Malaysia.

Untuk peranti Tizen pula, Samsung dan juga Intel bersama-sama bakal memperlihatkannya pada bulan hadapan pada acara Mobile World Congress kelak.

Tips awal daripada Asri Al-Baker.


Beta Terakhir Firefox 3.1 Di Lepaskan
HTC Flyer Dan Desire S Bakal Dilancarkan Jumaat Ini?
Galaxy Tab 7-inch Dengan Skrin AMOLED Bakal Diperkenalkan Tahun Hadapan?
Firefox 9 Nightly Membawakan Peningkatan Lebih 30% Dari Segi Prestasi JavaScript
Adakah Amazon Bakal Mengambil-Alih Palm Dan webOS?

5 Komen

  1. faeez faster pada 15 Jan 2012

    Bada OS dari samsung khas tuk handphone middle. So bila tizen bergabung dengan bada, platform tizen just utk pasaran handphone prtengahan je la?

    • Fandroid pada 16 Jan 2012

      Not necessarily. Kalau tengok model Samsung Wave yang keluar sekali dengan Galaxy versi pertama, specs dia semuanya identical dari skrin sehingga processor, cuma design saja berbeza. Dan dalam masa yang sama, Samsung Wave dijual harga yang lebih murah dari Galaxy (pertama).

      Jadi ia tak semestinya berkenaan specs, samada top-tier mahupun middle class. Lebih2 lagi kepada Samsung, mereka yang mengilangkan processor dan display itu sendiri jadi kos bukan isu untuk mereka.

  2. Min pada 15 Jan 2012

    macam lenovo k800(kalau x silap) punye skin jer?

  3. Syukri Lajin pada 15 Jan 2012

    habihla melambung harga wave nanti.. XD

  4. DrexarN9 pada 15 Jan 2012

    tak best sungguh sebab dah hilang dah identity MeeGo yang asal.. Swipe UI langsung tak digunakan sepenuhnya


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader