Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Samsung terus menambah peranti Android baru dibawah mereka, dimana terkini mereka memperkenalkan Samsung Galaxy M yang mana merupakan peranti dengan spesifikasi asas. Buat masa ini, Samsung hanya sekadar mengumumkannya sahaja, dan mungkin akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Dari segi spesifikasi, Galaxy M membawakan cip pemprosesan 1GHz satu teras, kamera 3-megapixel dibahagian belakang, kamera VGA dibahagian hadapan, skrin Super AMOLED seluas 4-inci, dan didatangkan dengan Android 2.3 Gingerbread, dan juga bateri dengan kapasiti sebanyak 165 mAh.
Dengan pengenalan ini juga, mungkin ia akan terus memperluaskan pasaran Samsung, dimana selain daripada Galaxy Y yang dijual pada harga murah, Galaxy M Style ini juga akan memberikan pilihan alternatif selain daripada Galaxy W.
20 Komen
Tinggalkan Komen Anda
1650 ~
Android FTW!
byk btol model samsung ni.
ibarat toyota dgn model kereta yg byk
macam sgs2 versi kecik je
tulah..Mcm2 jenis peranti samsung ada..sbb tu dia asyik menang jualan jer..Pastu umumkan dialah juara jualan terbyk didunia..sbb byk sgt jenis peranti..cuba comparekan dgn 1 jenis model samsung dgn 1 model produk lain..
+99999
anything that can generate money.kenapa perlu mendabik dada satu produk sedangkan boleh buat byk produk dgn pelbagai variasi? and customer mmg suka byk variasi. so, samsung still win.
usd 500.. Mahal jugak
i’m lost, aku tunggu Samsung versi F.
Tengah tunggu samsung Galaxy A, B, C , D , E , F , G —> Z…lol
macam best je..
4 inci tuu..
Amanz, kapasiti bateri 1650mAh. tertinggal satu kosong tue…..
patut galaxy ace plus diorang buatkan specs mcm ni
Kena tgk harganya dulu. Super AMOLED screen mmg best. Dah pakai Galaxy S hampir 2 tahun, and the screen still looks amazing! Tapi tak boleh lawan Galaxy S II dgn Galaxy Note lah.
Tak berbaloi.
main focus nampak sangat kat screen.. yg lain mid low end spec ikut tahap phone skrang… huhu
variasi baru lagi? smartphone mampu milik ke ni?
dari rakyat untuk rakyat
bisnes yang banyak variasi memang baik, lebih banyak pilihan untuk pengguna, cuma harap samsung tak ghairah macam nokia di era kegemilangan mereka, silap nokia sebab mereka tak manufacture kereta kebal dan mesin basuh je serta menjual insurans, umum mengetahui yang samsung berasal dengan menjual mee dan gula pada era 40an.. cuma aku tak mampu membuat pilihan bila terlalu banyak jenis produk, so for the time being aku stick dengan apple