Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Samsung terus menambah tawaran peranti Android mereka, dimana terkini mereka memperkenalkan kemaskini kepada keluarga Galaxy S, dengan melancarkan Samsung Galaxy S Advance secara rasminya pada hari ini, dan akan boleh didapati secara berperingkat bermula daripada bulan Februari ini. Harga jualan tempatan masih tidak diketahui buat masa ini.

Melalui Samsung Galaxy S Advance, ia terus membawakan beberapa kemaskini spesifikasi pada peranti Android tersebut, dengan membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.0GHz, 768MB RAM, skrin sentuh 4-inci Super AMOLED, dan juga kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel. Namun, ia tidak didatangkan bersama Android 4.0, sebaliknya menggunakan Android Gingerbread dengan antaramuka TouchWiz. Ia juga turut sama menyertakan sokongan Find My Mobile, membolehkan para pengguna mengetahui dimanakah lokasi telefon pintar mereka itu, apabila ianya hilang tanpa sengaja.
Jadi, adakah ianya bakal menjadi peranti pintar pilihan akan datang anda?
28 Komen
Tinggalkan Komen Anda
dual core but why no ICS ??
Lebih processor dgn RAM je. Sayang, without ICS le plak …
Tak perlulah nak release dengan ICS terus, SGS2 dengan Note pun belum dapat ICS. Tak logik Samsung nak allocate resource untuk smartphone biasa macam ni.
Mungkin dapat ICS disebabkan processor dual core, cuma dapat lambat berbanding flagship yang lain.
xde masalah kalo x dtg dgn ICS. bila dah keluar rom yg stabil, just update je sendiri hehehehe
mcm sama jer, xder ubah mana mana pon
Samsung Galaxy S 1.5
Ipong 4 ngn ipong 4s pong lebih kurang sama.
ceiit….xnak update SGS kpd ICS pastu kasi option enset ni…
Weird thing is the Galaxy S family does not have LED flash. Indeed a disappointment.
Find My Mobile tu bagus tak ye? tak pernah try, SGS2 akutak pernah lak cek ade ke tak hehe
S II have LED flash
find my mobile tu kiranya build in software….sama je dengan application seek android…
macam tak best je =( (kecewa)
samsung slow btul nak upgrade ICS… =,=
harga mesti lagi rendah dari s2 & lagi mahal sikit dari s plus…
Lebih baik jangan beli dulu. 3 bulan lepas aku baru beli Galaxy S-Plus. Since phone nie baru aje keluar (released Julai 2011), aku ingat mesti boleh dapat Android updates terbaru. Terkejut bila dengar Samsung tak nak update ICS untuk model nie.
Fuhh..cepat btol samsung nih kuar produk..xterkejar den..
mungkin peranti ni boleh support ICS bila updatenya dikeluarkan nanti
dah banyak samsung nie keluar handphone ,
jangan jadi macam HTC ,
banyak sangat keluarkan handphone ,
sampai susah pelanggan nak buat pilihan ,
akhirnya jualan merudum .
root jer la
samsung ni da xde design lagi cun ker? Sume same jer…
well,ak paling benci phone speaker ni…speaker die kt belakang nti payah nk dngr cnth kalau wat alarm,msg,call..adeh =.=
Ni yg aku bosan dgn samsung ni. ingat hari tu lepas nexus keluar next phone semua ICS. x jugak. tp release phone bkn main byk lg . kecewa kecewa.
Lebih kurang je…
another same design.. x der idea baru dh ker?
Apapun jaddi, aku tetap support Samsung..hidup Samsung.
kena tengok apa apple nak buat kemudian, baru dia nak ubah kot..
+999 tu la yg sebenarnya..tggu apple kuar design baru..mcm xkenal samsung
samsung mmg lembab dan xde idea.