17Jan

Samsung Memperlihatkan Peranti Prototaip Galaxy Yang Nipis?

Gajet

Dengan acara CES 2012 yang tamat, dan Mobile World Congress yang bakal diadakan pada bulan hadapan, salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah Galaxy S3 daripada Samsung. Hari ini, ia dilaporkan, melalui video promosi yang dikeluarkan oleh Samsung berkenaan dengan CES 2012, salah satu peranti diperkatakan sebagai Galaxy S generasi baru.

Ianya membawakan rekabentuk lebih kurang sama seperti Galaxy Note, tetapi dengan beberapa perubahan. Namun, bagi kami, ianya mungkin prototaip awal untuk keluarga Galaxy Note ataupun Galaxy S3, kerana pada Galaxy S3, memandangkan ianya menggunakan Android Ice Cream Sandwich, berkemungkinan tiada sebarang butang disertakan padanya.

Melalui peranti yang diperlihatkan pada video tersebut, ia membawakan rekabentuk yang amat nipis, serta kedudukan kamera hadapan yang sedikit berbeza dengan yang terdapat pada Galaxy Note.

Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh melihatnya pada video promosi Samsung untuk CES 2012, pada minit ke 7:12.

Terima kasih Eins.


Xperia Arc Di Pra-Tontonkan Di Malaysia
BlackBerry Bold 9900 Bakal Dilancarkan Pada 23 Ogos Di Malaysia?
Apple Menjadi Jenama Pilihan Tablet, Tetapi Bukan Untuk Telefon Pintar Di Malaysia
Nokia Lumia 910 Dengan Kamera 12 Megapixel Pada Bulan Mei Kelak?
(Video) Nyah-Kotak Xperia S - Telefon Pintar Sony Pertama

13 Komen

  1. Mashi pada 17 Jan 2012

    Pergh terbaikla tv rekaan samsung

    • Encik Hasan pada 18 Jan 2012

      mmg ohsem

  2. RAJAUNTA pada 18 Jan 2012

    Samsung the world tech..

  3. Alan pada 18 Jan 2012

    Samsung terbaik !

  4. myFirdaus pada 18 Jan 2012

    samsung going beyond apple.

    • Mashi pada 18 Jan 2012

      oran dok cakap sal Samsung cni kuar Apple lak.

  5. Haziq pada 18 Jan 2012

    cool.

  6. DrexarN9 pada 18 Jan 2012

    aik apsal dia punya design macam iPhone 5 yang diura2 nak keluar dulu? haha

  7. zerous pada 18 Jan 2012

    macam2 yang nipis2…

  8. Izzuddin Jr. pada 18 Jan 2012

    Samsung The Best !

  9. syamilshahimi pada 18 Jan 2012

    Among the most innovative companies today. Good job Samsung.

  10. ray pada 19 Jan 2012

    Kalau bentuk camtu ade je yg cakap tiru apple. iPhone 5 pon x klua lagi. Bentuk pun xtau camne lol.

  11. zahrul hayat pada 30 Jan 2012

    cool


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader