12Jan

Samsung Memperlihatkan Skrin Sentuh Lutsinar – Kelihatan Amat Menarik Sekali

Gajet

Salah satu teknologi yang dinantikan sepanjang tahun ini adalah teknologi skrin lutsinar, dan pihak Samsung sendiri telah pun memperlihatkan teknologi mereka pada acara tahunan CES 2012, dimana melalui video demonstrasi yang diperlihatkan, ia kelihatan amat menarik sekali.

Melalui video yang diperlihatkan, ia menunjukkan skrin lustinar, dengan sebuah model binaan pada bahagian belakangnya. Para pengguna boleh menyentuh dan mengawal aplikasi pada skrin tersebut dengan mudah, dan melalui demonstrasi yang diperlihatkan, ianya berjalan amat lancar sekali.

Selain daripada itu, para pengguna juga boleh mengawal latar belakang pada skrin tersebut, dimana sekiranya mereka tidak ingin melihat latar belakang pada skrin tersebut, mereka boleh memilih latar yang tidak lutsinar dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan di Malaysia ataupun di rantau ini. Tetapi melalui video yang diperlihatkan, mereka memperkatakan ia akan dikeluarkan pada bulan hadapan.


Celcom Memulakan Pendaftaran Minat Untuk BlackBerry Torch 9860
Ura-Ura : Spesifikasi Nokia SeaRay, Sabre Dan Nokia Ace Diperlihatkan
Google Dan Samsung Menangguhkan Pelancaran Nexus Prime
Celcom Bakal Turut Sama Menawarkan Samsung Galaxy Nexus
BlackBerry 10 Bakal Menyertakan Sokongan Perkongsian Skrin Dan Editor Video

24 Komen

  1. Janjang pada 12 Jan 2012

    mantap.. teknologi ape yg dipakai yer. yg pasti bukan LED atau plasma kan?

    • Arrul pada 12 Jan 2012

      a’ah kn…aq pn terpkir la diorg gne menatang pe utk skrin lutsinar ni..hahaha

      • Hisyam pada 12 Jan 2012

        diorang guna ape eh? pelik. tapi tak sayang ke benda canggih camni letak kat tingkap? kang nanti budak baling batu pastu pecah. rugi siot!

    • Syazani pada 12 Jan 2012

      Teknologi dier pakai mungkin AMOLED, tapi x pasti skrin sentuh tuh camne lak…

  2. DrexarN9 pada 12 Jan 2012

    aaaa.. lawa dan best gila.. lepas ni semua TV jadi touch screen dan 3D x payah cermin mata.. menarik gila

  3. Myvitrd pada 12 Jan 2012

    Perrrrg memang powerlah samsung ni..

  4. galaxy tab 7.7 pada 12 Jan 2012

    apple boleh pergi meninggal…
    kehkehkeh

  5. Haziq pada 12 Jan 2012

    Sangat cool.

  6. Tuanku pada 12 Jan 2012

    Terbaik!! Lepas ni semua up to date.

  7. syamilshahimi pada 12 Jan 2012

    IMHO, Samsung is among the most innovative company today. Nice job Samsung

  8. syaf88 pada 12 Jan 2012

    humm… sangat-sangat cool…

  9. AiY0yO pada 12 Jan 2012

    mantap sioootttt!!!memg xnafi la lpas ni kuar smartphone lutsinar..tknologi korea skrg makin maju n canggih…hehe

    • Najib pada 12 Jan 2012

      sebab lutsinar, nanti selalu tertinggal fon tu, sebab tak nampak

      • sepul pada 12 Jan 2012

        +111

  10. speedrider pada 12 Jan 2012

    Benda ni dulu hype aja. Sekarang dah hampir jadi kenyataan.

  11. shifa pada 12 Jan 2012

    waaaa. boleh wat tingkap

  12. Fikri Adhiey pada 12 Jan 2012

    a’ah… pada 2009 teknologi ni dah ada org upload kat YouTube…. tapi ramai yg xcaya sbb konsep je… .skrg dah jadi kenyataan pon. haha… keep it up Samsung!

  13. littlenazo pada 12 Jan 2012

    teknologi minority report semakin hampir

  14. azwan11 pada 12 Jan 2012

    menarik. :D

  15. EEE department. pada 13 Jan 2012

    benda ni da lame sbnrnye,xpcaya anda leh searh camne nak buat touch screen …cuma x secara komersial..bgi2 nub2 mesti duk wow wow…what the???…

  16. megat pada 13 Jan 2012

    Ini menunjukkan dunia akhir zaman….so xyah lah brmegah sgt dgn tteknologi ni. Ia boleh menghayalkan aje..

  17. nur pada 13 Jan 2012

    jika Apple, perintis skrin sentuh. Blackberry, perintis keypad QWERTY, maka samsung perintis skrin ni kah. ini mungkin daripada evolusi LCD lutsinar. kalau kita kopak screen lcd akn ade bahagian lutsinar yg ada laluan elektronik.. ini cuma teori shj.

  18. amer pada 13 Jan 2012

    korea mmg maju


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader