Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah beberapa nama seperti Apple dan Nokia mengeluarkan laporan tahunan mereka, Samsung kini turut sama telah mengeluarkan laporan kewangan untuk suku tahun yang lepas, memperlihatkan peningkatan yang amat positif sekali, memperlihatkan jualan Galaxy S2 yang hangat menyumbang kepada kewangan syarikat tersebut yang kukuh.
Melalui laporan yang dikeluarkan, keuntungan operasi pihak Samsung Electronics meningkat menjadi 5.2 trillon won (~RM13.68 billion). Bahagian Samsung Electronics terdiri daripada pelbagai bahagian yang mengeluarkan produk elektronik mereka seperti televisyen, telefon pintar, tablet, barangan elektronik rumah dan banyak lagi.
Apabila dilihat daripada bahagian Samsung Mobile yang memfokuskan kepada jualan peranti mudah-alih seperti tablet dan telefon pintar, ianya menyumbang kepada lebih 2.64 trillion won (~RM7.15 billion) sepanjang tempoh tersebut. Ia diperkatakan antara peranti utama yang mendapat perhatian ramai adalah Galaxy S2, Galaxy Note dan juga keluarga tablet mereka, Galaxy Tab.
Ia disasarkan yang mana Samsung telah pun menjual lebih kurang 36.5 juta peranti mudah-alih sepanjang tempoh tersebut, menjadikannya sebagai pengeluar telefon pintar kedua tertinggi di dunia, dengan perbezaan hanya sedikit berbanding dengan Apple yang melaporkan jualan sebanyak 37 juta iPhone sepanjang tempoh tersebut.
Tahun ini semestinya kita akan dapat melihat persaingan yang lebih sihat antara Samsung dengan pengeluar telefon pintar yang lain, dengan mereka disasarkan untuk memperlihatkan peranti Tizen pertama mereka seawal bulan hadapan pada Mobile World Congress.
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
congratz Samsung….
Apple jual 37 billion iphone biar betul Aman?
*juta. tersasul jadi billion. haha.
kalau 37 billion memang giler la… manusia pun cuma 7 bilion
selebihnya alien.. lol
haiwan peliharaan yang guna.. senang nak trace…
Bkn stakat haiwan peliharaan.. dkt leher jerung pun ada… hee…
fuyo0o0….
congratz Samsung….
Samsung banyak produk . Tak heran laa.
galaxy W,Y dah ada…A,B,C akan menyusul..hahhaa.. ui pun xbest,skrin lg la..tp padan dgn harga yg murah la..sesuai yg suka low budget..
terbaik….
wahh..mmg persaingan sengit..
aku rasa last2 sampah kat bumi ni hp je kot
+111111111
Tahniah Samsung !
kene la tambah lg model yg dah sedia byk utk kejar apple hahahaha(dah byk igt dpt kejar)