Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Semua sedia maklum yang mana antaramuka Metro yang dibangunkan oleh Microsoft untuk Windows 8 sangat mesra untuk peranti dengan skrin sentuh. Jadi, bagaimana kalau antaramuka tersebut digunakan pada Android? Itulah yang sedang cuba dibangunkan oleh lebih kurang 5 pembangun bebas, melalui aplikasi yang dinamakan sebagai SkyDroid.

Walaupun ianya tidak akan membawakan antaramuka yang menyerupai Metro pada Windows 8, pembangunnya mengatakan mereka cuba membawakan antaramuka yang diinspirasikan oleh Windows 8 melalui SkyDroid.
Ia masih lagi belum diketahui bilakah akan dilancarkan kepada umum. Namun, pembangunnya mensasarkan akan dilancarkan sekitar bulan Mac atau April kelak. Aplikasi SkyDroid juga dijangka akan membawakan sokongan antaramuka Metro kepada pelbagai aplikasi utama Android, dan semestinya merupakan salah satu perkara yang dinantikan oleh para pengguna tablet berasaskan Android.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Da guna android & ios,tapi tak pernah lagi try windows phone ni.Nampak sangat menarik..
Antara android & iOS, mana lagi menarik?
kalau malas guna ios..
tak sabar menunggu…….lebih kemas taklah semak sangat.
smart r design dia !
mmg smart
x perlu ke W7
Metro UI +++
nice..