17Jan

Sokongan Open Graph Pada Facebook Akan Mula Diaktifkan Hari Rabu Ini?

Web 2.0

Sejak memperkenalkan sokongan Open Graph pada bulan September lepas, pada acara F8, sehingga kini, hanya beberapa aplikasi sahaja yang disokong oleh Facebook. Kini, dengan acara Facebook yang disasarkan pada hari Khamis ini, ia mula diperkatakan, Facebook bakal melancarkan aplikasi fasa pertama yang disahkan oleh Facebook untuk Open Graph.

Melalui integrasi OpenGraph yang baru, ia membolehkan para pembangun laman web mengintegrasikan sokongan seperti butang “Read” “Listen” dan “Watch” pada laman masing-masing, sekaligus memberikan impak yang lebih meluas kepada laman web mereka.

Buat masa ini, salah satu laman popular yang memperkenalkan integrasi ini adalah Yahoo!, dimana mungkin ramai yang sedia perasan akan bila rakan-rakan mereka membaca sesuatu artikel, ia secara automatik berkongsi pada laman Facebook, tanpa perlu klik butang Like dan sebagainya.

Perkara ini juga berkait-rapat dengan sokongan Facebook Timeline, dan ia turut dilaporkan Facebook mungkin akan mula mengaktifkan rekabentuk profil baru itu kepada semua tidak lama lagi. Buat masa ini, sokongan Facebook Timeline hanya diaktifkan atas permintaan pengguna sahaja.


Halaman Twitter Kini Dioptimasikan Untuk Telefon Pintar
Facebook Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan Muzik Bersama-sama Spotify
Pendaftaran Domain .my Dalam Tulisan Jawi, Cina Dan Tamil Dibuka Kepada Pelanggan Sedia Ada
Terdapat Lebih 6.5 Juta Pengguna Facebook Hanya Di Kuala Lumpur
Mol Global Bakal Menjana Lebih RM1.5 Billion Hasil IPO Facebook Pada Tahun Ini

4 Komen

  1. Omar pada 17 Jan 2012

    Akhirnya, sekaligus akan memberi kesan kepada Amanz.my :D

  2. miszerna pada 18 Jan 2012

    pretty cool :D

  3. azwan11 pada 18 Jan 2012

    apa plak fb nak perkenalkan dekat f8 ni ye?

  4. azraai pada 18 Jan 2012

    bukan dah lama ke? aku dah develop guna OG ni.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader