26Jan

Sony Tablet S Akan Dijual Bermula RM1499 Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Gajet

Seperti mana yang kami laporkan sebelum ini, Sony Malaysia kini secara rasminya telah pun menyediakan halaman promosi khas, dimana dua variasi tablet Sony Tablet S ditawarkan, iaitu dalam pilihan ruangan storan 16GB dan juga 32GB. Tarikh ianya akan mula dijual dipasaran Malaysia masih lagi tidak diketahui.

Melalui Sony Tablet S, ia membawakan rekabentuk yang dioptimasikan untuk dipegang menggunakan sebelah tangan. Pada masa yang sama, tablet yang dijana menggunakan Android ini turut membawakan sokongan DLNA, membolehkan anda menghubungkan tablet tersebut dengan TV, PC, dan pelbagai peranti lain yang menyokong DLNA. Ia juga turut sama boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh untuk mengawal pemain Blu-Ray, dan pelbagai perkara lain, samada berjenama Sony ataupun tidak.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan cip pemprosesan dwi-teras NVIDIA Tegra 2, memori sebanyak 1GB RAM, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan VGA, skrin sentuh seluas 9.4-inci, dan juga dijana menggunakan Android 3.1 Honeycomb.

Berkaitan dengan harga pula, ianya ditawarkan pada harga bermula RM1499 untuk versi 16GB dan juga RM1799 untuk versi 32GB. Tarikh ianya akan mula dijual masih lagi tidak diketahui, dan kedua-duanya akan didatangkan dengan pelindung ST Slip Case bernilai RM139 secara percuma.

Terima kasih Arif Ishak.


Nokia Memperkenalkan Live View
HTC Memperkenalkan Tiga Ahli Keluarga Baru Untuk HTC One
Nokia Memperkenalkan Nokia 808 PureView Dengan Kamera 41-Megapixel
Gambar Yang Diperkatakan Sebagai Galaxy S3 Mula Kelihatan
Nokia Memperlihatkan Iklan Video Yang Dirakamkan Menggunakan PureView

18 Komen

  1. amer pada 26 Jan 2012

    kalau SONY up skit ram tu sure gempak

    • Beburung pada 27 Jan 2012

      Considering yang tablet ni adalah model tahun lepas, rasanya ok la tu.

      Lagipun baru2 ni kt pasaran antarabangsa, Sony dah start potong harga kepada lebih kurang RM1200. Jadi tak lama lagi akan ada potongan harga untuk Tablet S ni.

  2. Piratz pada 26 Jan 2012

    Pelik gile bentuk dia weyh…. tapi idea yang menarik la.. yang penting tak tiru mana2.. hihi

  3. Ahmad Fuad Adzmi pada 26 Jan 2012

    wifi je ade?

  4. Hadrian pada 26 Jan 2012

    macam tak ada 3G…

  5. Hanafiee pada 26 Jan 2012

    bole main ps game x?..

  6. malayz pada 26 Jan 2012

    mak ai,xkn xder 3g kot..huhuu…

  7. wazy pada 26 Jan 2012

    Bentuk dah menarik tu

  8. Beburung pada 27 Jan 2012

    Mmm…tentang tarikh, terperasan lak kat website tu ada tulisan kecik tulis “penghantaran pra-tempahan dianggarkan bermula 28 Febuari 2012″. Mungkin jualan secara rasminya bermula pada tarikh yang sama.

  9. bujal.x pada 27 Jan 2012

    no 3g kan?

  10. syahrilhafiz pada 27 Jan 2012

    cantik la tu..aku memang nak tunggu tab yang murah sikit nak beli ni

  11. ModulOnline pada 27 Jan 2012

    I think iPad2 lg berbaloi-baloi…

  12. faridpenang pada 27 Jan 2012

    cun la model tuh .. wahahah…

  13. nudin pada 27 Jan 2012

    mana lebih bagus banding ngan ipad / ipad 3 nanti? ada sapa-sapa boleh bagi pencerahan?

    • Beburung pada 27 Jan 2012

      Kalau dari segi performance, iPad 2 jauh lebih sedap berbanding mana2 tablet Tegra 2, Exynos dan yang sealiran dengannya. Even dengan comparison Tegra 3, tak banyak beza benchmark di antaranya dengan iPad 2 dari segi grafik.

      Tapi Sony Tablet S ni memang best kalau nak buat universal remote kt ruang tamu, lebih2 lagi kalau ada konsol, home theater dan tv. Kat Sony Tablet S ada IR Blaster, yang mana remote control boleh digantikan terus dengan tablet ni. Tak perlukan peranti tambahan.

  14. angrypapa pada 27 Jan 2012

    aiseh leh main original PS game jer.. kalo leh main game PSP sure gempak set..lagi gempak kalo main game PS3..hehehehe….

    • Ninja pada 30 Jan 2012

      Boleh main PSP games, baru minggu lepas, SONY release a few PSP games for free for Sony Tablet S.

  15. bad pada 30 Jan 2012

    aku da serik pkai brg2 sony….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader