26Jan

TableFour.Us Bakal Memperkenalkan Logo Baru Bersama Beberapa Fungsi Tambahan

Web 2.0

Salah satu aplikasi tempatan yang menawarkan sokongan untuk membuat tempahan meja makan di beberapa restoran sekitar Lembah Klang adalah TableFour.us. Dan kini ia kelihatan mereka dalam proses memperkenalkan kemaskini baru untuk aplikasi mereka, bersama-sama dengan logo yang serba baru untuk aplikasi mereka.

Ia tidak diketahui mengapakah berlakunya perubahan pada logo TableFour.us buat masa ini. Namun, melalui aplikasi baru yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi itu untuk platform iOS, ia bakal membawakan sokongan integrasi Facebook bersama-sama dengannya.

Pada masa yang sama, mereka juga dalam proses membangunkan aplikasi Symbian, dan mungkin kita akan dapat melihat sokongan untuk beberapa platform lain turut diperkenalkan sepanjang tahun ini.

Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan sokongan yang bakal dibawakan bersama-sama dengannya.


Nizar Antara 10 Topik Terhangat Di Twitter
Halaman Utama Friendster Di Beri Sentuhan Baru
Web Lebih Sosial Dengan Plugin Sosial Facebook
Muat-Turun Pada Gumuu Kini Lebih Mudah
1Tube.my Bakal Membayar Pengguna Untuk Berkongsi Video

3 Komen

  1. Sentul-Asia pada 26 Jan 2012

    Wah wah wah… giler efficient Amanz!!!

  2. TopiJerami90 pada 26 Jan 2012

    peh,lawa kot..
    lepas xmakan sorang2 dah la

  3. feerlo pada 28 Jan 2012

    School-mate aku buat ni…bangga2..keep up the good work!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader