Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Tarikh pelancaran akhir Windows 8 masih lagi tidak diketahui buat masa ini, namun hari ini, beberapa laporan mula mengatakan yang mana dua pengeluar komputer terkemuka,iaitu Acer dan Lenovo, masing-masing bakal memperkenalkan tablet Windows 8 mereka pada suku tahun ketiga tahun ini. Ia turut diperkatakan tablet ini akan menggunakan cip pemprosesan baru daripada Intel, iaitu Clover Trail.

Walaubagaimanapun, perkara ini tidak dapat disahkan sepenuhnya buat masa ini. Namun begitu, beberapa petanda awal dijangka akan mula diketahui bermula minggu hadapan apabila acara tahunan CES (Consumer Electronics Show) diadakan, yang mana semestinya bakal memperlihatkan pelbagai peranti dan gajet baru yang disasarkan kepada pengguna umum.
Intel sendiri dijangka akan memperlihatkan beberapa contoh telefon pintar dan juga tablet yang menggunakan cip pemprosesan baru mereka pada acara tersebut kelak.
Mungkin juga Microsoft akan memperlihatkan beberapa perkara baru pada sistem operasi Windows 8 mereka pada acara tahunan tersebut. Sama-sama kita nantikan pelancarannya kelak.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
cant’ wait!!!…. kalau Windows 8 dilancarkan, Laptop Win 7 keluaran syarikat mcm Acer, Dell…etc ni turun harga tak?
macam x best je win 8
boleh la angkat tablet ni satu…
macam best je tablet Windows 8 nie -
Metro UI terbaek. tapi harap2 Microsoft sediakan Windows8 tablet version lah. Takkan lah nak pakai PC version, macam x sesuai aje -.-
Windows 8 memang optimised untuk tablet
dah install dah..muhehe
Tak sabar menunggu CES 2012! Bilakah agaknya event seperti CES di buat di Malaysia? Jika ada, mungkin boleh membuat coverage secara live blogging!