02Jan

Tahun 2012 – Tahun Cabaran Besar Untuk Apple?

Apple

Sejak kematian Steve Jobs tempoh hari, ramai yang mempersoalkan kebolehan Apple untuk terus maju tanpa beliau. Dan semestinya tahun ini, iaitu 2012 merupakan antara cabarang yang besar untuk Apple dalam membuktikan mereka akan terus maju dengan Tim Cook di barisan hadapan Apple, sekaligus terus membawakan inovasi ke dunia teknologi.

Apple juga mungkin perlu untuk terus memperkenalkan pelbagai perkara baru dalam memastikan produk mereka dapat terus dijual tanpa sebarang masalah, memandangkan setiap produk mereka mempunyai pesaing terdekat pada masa kini.

MacBook Air – Ultrabook

Sehingga pada penghujung tahun lepas, MacBook Air merupakan antara produk daripada keluarga komputer riba yang menawarkan rekabentuk nipis dan juga daya tahan bateri yang lama. Namun ianya kini mula berubah sedikit demi sedikit.

Pada penghujung tahun lepas sahaja, beberapa ultrabook baru daripada pihak pengeluar lain seperti Acer, HP, Lenovo, Toshiba dan sebagainya telah pun mula memasuki negara kita. Pada masa yang sama, pada acara tahunan CES 2012 yang bakal diadakan pada awal Januari ini, lebih 50 ultrabook diperkatakan akan diperkenalkan.

Selain daripada itu, Intel sendiri diperkatakan akan memperkenalkan teknologi Thunderbolt kepada semua pengeluar, berkemungkinan seawal bulan April 2012 kelak.

iPad – Tablet

iPad masih lagi mengekalkan takhta sebagai tablet terkemuka dunia buat masa ini, dan masih kekal popular dalam keluarganya tersendiri. Sehingga ke hari ini, jualan tablet masih dipegang oleh Apple. Walaupun perkara ini mungkin mengambil masa untuk berubah, tetapi ianya tidak mustahil untuk tidak berlaku pada tahun ini.

iPad 3 yang dijangka akan diperkenalkan pada suku tahun pertama tahun ini semestinya antara yang dinantikan ramai, dan menetapkan adakah industri tablet akan terus dipegang oleh Apple ataupun sebaliknya.

Buat masa ini, beberapa tablet dengan cip pemprosesan empat teras, malah Android 4.0 Ice Cream Sandwich amat dioptimasikan untuk tablet. Pada masa yang sama, HP juga telah mengumumkan webOS akan dijadikan sebagai sumber terbuka, sekaligus memperlihatkan berkemungkinan tablet daripada pengeluar lain yang menggunakan webOS berada di pasaran.

Microsoft sendiri sedang menyiapkan sistem operasi generasi baru mereka, yang mana dioptimasikan sepenuhnya untuk skrin sentuh, termasuk tablet. Ia masih lagi menjadi persoalan apakah strategi Microsoft kelak. Adakah Windows 8 dan juga Android dengan bantuan webOS dan BlackBerry serta platform lain bantu mengurangkan pegangan pasaran lebih 50% yang dipegang oleh Apple?

iPhone – Telefon Pintar Android

iPhone kini masih kekal sebagai telefon pintar kedua popular didunia selepas Symbian. Namun di Malaysia, takhta nombor dua dipegang oleh Android, dan berkemungkinan dengan jualan peranti Android yang semakin meningkat dari hari ke hari, serta harganya yang murah dan mampu milik, ia mungkin akan berubah pada tahun ini.

Apple seperti semua sasarkan, mungkin sedang membangunkan iPhone 5 yang diperkatakan akan membawakan rekabentuk baru dan sebagainya. Namun, pada masa yang sama, ramai pengeluar, seperti Samsung, HTC, Sony Ericsson, LG dan sebagainya membangunkan peranti mereka tersendiri, dengan pelbagai spesifikasi dan ciri-ciri yang menarik.

Bilangan aplikasi untuk Android juga kini semakin menyamai bilangan aplikasi iOS, malah beberapa pembangun kini mengutamakan Android terlebih dahulu sebelum iOS.

Jadi, Apakah 2012 Untuk Apple?

Semestinya seperti tahun-tahun lepas, tahun 2012 juga merupakan antara tahun mencabar bagi Apple. Dibawah teraju baru, Tim Cook, mungkin ianya akan memberi lebih tekanan pada mereka, selain tekanan daripada para pengguna yang inginkan produk menarik daripada mereka.

Jadi, adakah Apple akan terus maju sepanjang 2012 ataupun sebaliknya?


iPad 2 Akan Di Lancarkan Pada 1 Februari?
Apple Diperkatakan Membeli Domain iCloud.com
Maxis Bakal Membawa iPhone 5 Ke Pasaran Malaysia Secepat Mungkin
Apple iPhone 4 8GB Kini Di Malaysia - Berharga RM1799
Bayar Deposit RM200 Hari Ini, Dan Dapatkan iPhone 4S Daripada Celcom Pada 16 Disember

25 Komen

  1. Izzuddin Jr. pada 02 Jan 2012

    ape akan jadi pada apple ?

  2. azrijohan pada 02 Jan 2012

    bawah Tim Cook, maybe Apple dapat memprkenalkan sisi baru mereka.. try branding baru. Setiap orang mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri :)

  3. zuls pada 02 Jan 2012

    dunia teknologi macam tu lah.. saling bersaing.. kita tunggu dan lihat apa jadi pada 2012

  4. zuan pada 02 Jan 2012

    perang teknologi.. huhu

  5. entah pada 02 Jan 2012

    reka bende baru la,apple

  6. sam pada 02 Jan 2012

    Apple tlg bagi murah sket rege tu yeop mahal bebenor..tp kualiti mmg thumbs up.

  7. ali mamak pada 02 Jan 2012

    apple boleh bersaing kot.. msti byk lg idea gile diorang ni

  8. fikri pada 02 Jan 2012

    Apple akan menjadi jus untuk kita minum. tapi baik lagi jus oren. haha

    • Najib pada 02 Jan 2012

      epal hijau tulen dikisar tanpa dicampur gula, air & ais. minum sebelum menjadi merah. itu yang terbaik untuk kesihatan :-)

  9. parih pada 02 Jan 2012

    tunggu la ape jadk

  10. Mashi pada 02 Jan 2012

    Wait n c

  11. noreply pada 02 Jan 2012

    tnggu apple TV

  12. yapompiow pada 02 Jan 2012

    tunggu dan lihat.

  13. Lia Nadia Qistina pada 02 Jan 2012

    prediction saya – Apple akan keluarkan produk baru yang menjadi update terkini produk mereka yang lepas, misalnya iPhone 5 atau iPad 3. Mungkin beberapa ciri pada MacBook Air akan diadaptasi ke dalam iPad, menjadikannya lebih nipis dari iPad 1 dan iPad 2, spekulasi bertiup iPad 3 akan bersaiz 7 inci. Dari dulu, Apple terkenal sebagai kempeni berahsia.

    • slee pada 04 Jan 2012

      yup pastu mcm F1 brand len sebok nk tiru..hahahahha terutama brand yg kuarkn model 2 minggu skali tu

  14. ezry pada 02 Jan 2012

    yeeaahh…!!!

  15. AMR pada 03 Jan 2012

    kita tunggu & lihat…

  16. suarakomputer pada 03 Jan 2012

    mula2 rasa sama..lama2 maju…..naiktaraf jer…..steve bkerja bertahun2 utk memajukan apple, korang tau ke tak?cuba google……so tahun 2012 nie satu permulaan , tim cook perlu byk masa…mcm steve gak….zzzzzzzzz. aku rasa tahun nie naik taraf sikit je… ipad 3 akan keluar tahun…. harap2 bukan ipad2s…hahaha

  17. RAJAUNTA pada 03 Jan 2012

    iphone 5 akan keluar pertengahan tahun 2012..

  18. ajit pada 04 Jan 2012

    yg aku pasti, logo apple takkan bertukar.

  19. ZoOL pada 04 Jan 2012

    aku rasa Steve Jobs dah prepare layout plan utk Apple sblm die meninggal.. aku rasa Apple akan masih kekal bertakhta untuk beberapa tahun akan datang tapi lepas tu mungkin jatuh..

  20. wan pada 04 Jan 2012

    steve jobs terbaik

  21. Ekspresi Ruang pada 06 Jan 2012

    tim cook ni pon rsnya hebat gk vision dia. who knows, kan?

  22. tuah pada 06 Jan 2012

    Selamat tahun baru, 2012. RIP Steve Jobs. Semoga kejayaan bersama kita semua! :D

  23. Mazrie pada 07 Jan 2012

    apple 2012 lebih ranggup untuk dimakan..haha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader