Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Bagi para peminat permainan, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah konsol generasi baru daripada Sony, iaitu Sony PlayStation generasi baru yang ke-empat. Namun mungkin niat tersebut terpaksa dibatalkan, apabila hari ini, Sony sendiri mengatakan mereka tidak akan membuat sebarang pengumuman berkaitan PlayStation 4 pada E3 kelak.
Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah Sony akan memperkenalkan konsol generasi terbaru mereka. Seperti diperkatakan Sony sebelum ini, PlayStation 3 dijangka akan mempunyai jangka-hayat selama 10 tahun, dimana jikalau mengikutnya, ia akan kekal hidup sehingga 2016 kelak.
Selain daripada PlayStation 4, sebelum ini, ura-ura turut memperkatakan Microsoft bakal memperkenalkan Xbox generasi baru pada acara E3 kelak.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
jgn la kuar dulu… aku blom ada lg ps3
terlalu awal bagi sony untuk keluarkan PS4….PS3 ni agak leceh dan PSN servis pun naik songeh!!!
sme gak jrak thun antra ps2 dgn ps3..leh than jauh ny….aq rse bru je ps3 ni kluar..xkn nk kuar ps4…giler…xdpt la aq nk mrse ps3 nnt… T_T ps1 dah,ps2 dah…ps3 blum…
Bukan tiada perancangan tetapi jualan PS3 telah meningkat. Bagi puak kapitalis ni selagi barangan lama masih dapat sambutan selagi itulah barang baru tidak akan dijual walaupun barang baru telah wujud dan sedia dijual.
klau nak kuar bagitahu cepat-cepat, tak lama lagi nak angkat ps3, tengok-tengok kuar ps4 tak ke nangis tak berlagu.
huhu..bnyk ps3 game x men lg..