31Jan

Timeline Movie Maker Membolehkan Anda Membuat Video Menggunakan Data Dari Facebook Timeline

Web 2.0

Timeline merupakan salah satu fungsi yang tidak digemari oleh beberapa pengguna, namun fungsi-fungsi yang diperkenalkan, melibatkannya amat menarik sekali. Selepas sokongan OpenGraph yang membolehkan pelbagai aktiviti di web seperti membaca, mendengar lagu dan sebagainya diintegrasikan bersama, kini sebuah pembangun bebas, bekerjasama bersama pihak Facebook, membolehkan video Timeline seseorang pengguna dibina dengan mudah.

Melalui perkhidmatan yang dinamakan sebagai Timeline Movie Maker, para pengguna hanya perlu log masuk ke laman tersebut menggunakan sokongan Facebook Connect, dan seterusnya ia mengambil sedikit masa untuk perkhidmatan tersebut menarik pelbagai data dan info seseorang pengguna itu daripada laman Facebook.

Sebaik sahaja selesai, ia akan memperlihatkan video Timeline anda, dan seterusnya anda boleh melakukan beberapa perubahan. Akhirnya, para pengguna boleh berkongsi video tersebut dengan rakan-rakan anda di Facebook dan membolehkan mereka yang lain menontonnya.

Namun sesuatu yang mendukacitakan memandangkan pengguna tidak boleh memuat-turun video tersebut ataupun berkongsinya pada YouTube dan sebagainya. Walaubagaimanapun, bagi anda yang berminat, anda boleh mencuba Timeline Movie Maker pada hari ini.


Celcom Bakal Memperkenalkan Friendster Via SMS
WordPress Memperkenalkan Tema Mesra HTML5
MyFwen Di Lancarkan Semula Sebagai 1Kampus
Facebook Memperkenalkan Aplikasi Permesejan - Facebook Messenger
Pengguna Facebook Malaysia Kini Berjumlah Lebih 11.5 Juta

14 Komen

  1. Haziq pada 31 Jan 2012

    cool..

  2. pizli_mw pada 31 Jan 2012

    Cool, tapi tengok sendiri-sendiri je lah hehe. Tak boleh share.

    • AsyrafFile pada 01 Feb 2012

      Boleh share…..

    • Piratz pada 02 Feb 2012

      masuk timelinemoviemaker.com pastu record guna screenr.com

  3. Easter pada 31 Jan 2012

    nak cuba…. ;)

  4. Fi5daus Razak pada 31 Jan 2012

    menarik :)

  5. Azam pada 31 Jan 2012

    hyperlink dekat bawah tu tak betul… ;-)

  6. DKMY pada 31 Jan 2012

    tapi video tu xleh post kat fb.. buat apa…

  7. Herwan pada 31 Jan 2012

    ala terus je gi web ni http://www.timelinemoviemaker.com/

    • fina fento pada 01 Feb 2012

      kelmarin ada buat kat sini. lambat benor nak habis. last2 tak jadi buat :P

  8. speedrider pada 31 Jan 2012

    lepas edit terus hang apps ni. tak pasti apa yang menyebabkannya hang.

  9. syahrilhafiz pada 01 Feb 2012

    nak try gak lah!

  10. Fikri Adhiey pada 01 Feb 2012

    tak best…

  11. Piratz pada 02 Feb 2012

    Haha.. aku boleh je upload kat facebook.. huhu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader