30Jan

#Tips : Uruskan Tugas Berkumpulan Dengan Efektif Melalui Trello

Web 2.0

Salah satu aplikasi yang kami gemarkan untuk membuat tugasan berkumpulan adalah Google Wave. Dan memandangkan Google Wave kini hanya dalam mod pembacaan sahaja, tanpa boleh menggunakannya, sebagai alternatif, kini kami jatuh cinta dengan salah satu aplikasi berasaskan web, dinamakan sebagai Trello.

Melalui Trello, ia menggunakan pendaftaran dengan mudah, dimana para pengguna boleh melalui proses pendaftaran seperti biasa, ataupun mendaftarkan diri dengan pantas menggunakan akaun Google.

Sebaik sahaja log masuk, para pengguna diberikan fokus kepada fungsi Add Board, dimana disana, anda boleh menambah kumpulan fokus ataupun organisasi. Sebagai contoh, mungkin untuk tujuan pembelajaran anda mempunyai beberapa kumpulan berbeza berdasarkan setiap subjek. Perkara sama juga untuk organisasi yang dibahagikan kepada beberapa bahagian berbeza. Jadi anda boleh labelkannya kepada setiap Board berbeza dan menguruskannya melalui sana.

Melalui setiap Board, para pengguna boleh menambah Card yang berbentuk tugasan, dan melaluinya, anda boleh menambah ahli pasukan yang bertanggungjawab untuk setiap satu, dan menguruskannya dengan senang. Anda juga boleh menambah tarikh bila ianya perlu disiapkan dan sebagainya.

Sebaik sahaja sesuatu tugasan itu diambil-alih oleh seseorang, mereka boleh mengubah statusnya kepada “Doing”, dan sebaik sahaja selesai, ia boleh diubah kepada Done.

Secara ringkasnya, ia membawakan kebanyakkan perkara yang diperlukan dalam pengurusan sesuatu projek atau tugas, disamping membolehkan anda berinteraksi dan melaksanakan sesuatu tugasan berkumpulan itu dengan lebih efektif.

Jadi, bagi anda yang ingin menggunakannya, boleh ke halaman Trello. Salah satu aplikasi alternatif yang menyediakan fungsi serupa adalah termasuk Wunderlist.


Komen Di Facebook Kini Dengan Fungsi Like
Facebook Membolehkan Penghantaran Komen Dengan Menekan Enter
Laman DomainRegistry.my (Mynic) Kini Dioptimasikan Sepenuhnya Untuk Pengguna Mudah-Alih
Kini Anda Boleh Membuat Panggilan Video Ke Rakan Facebook Terus Melalui Skype
Kesemua Fail Di MegaUpload Akan Dipadam Dalam Beberapa Hari Lagi?

12 Komen

  1. van der Rui pada 30 Jan 2012

    Menarik ni… sesuai untuk check list tugasan berkumpulan. Dah daftar dengan Trello. Wunderlist pun dah daftar, tapi Wunderlist tu untuk kegunaan peribadi je. Tak boleh nak kongsi dengan orang lain.

  2. van der Rui pada 30 Jan 2012

    Menarik ni… sesuai sebagai check list tugasan berkumpulan. Dah daftar dengan Trello. Wunderlist pun dah daftar, tapi Wunderlist macam untuk kegunaan peribadi je. Tak boleh nak kongsi dengan orang lain.

  3. hehe pada 30 Jan 2012

    hah.
    ni trello sapo pulak molintang kek tongah jalan ni. monyusahkan den nak poi baruh.

  4. akmalhisyam pada 30 Jan 2012

    menarik..
    boleh guna utk manage group project pasnih..

  5. afzan pada 30 Jan 2012

    NH = Noktah Hitam ?

  6. rusman pada 30 Jan 2012

    trello ni salah satu produk fogcreek software. owner dia has a great blog on software engineering. and mmg trello agak best. mmg dah guna dan sedang guna. kalau item dah melimpah2, utk paparan terbaik, boleh press ‘ctrl dan -’ zoom out browser. boleh nampak banyak benda sket.

  7. topo pada 31 Jan 2012

    siap nak promote birthday dia tu hohoho

  8. Masri Amin pada 31 Jan 2012

    macam2 la skang nie…pasni blh join kuliah online lak plak..xyah p kelas…hehe

  9. encikarman pada 31 Jan 2012

    bijak2

  10. Lia Nadia Qistina pada 31 Jan 2012

    wow! thanks … dah cuba tadi .. superb!

  11. Nisa pada 31 Jan 2012

    Yup! Dah guna dari bulan 11 tahun lepas. Amat senang dan kemas. Senang nak monitor progress.

  12. AMR pada 02 Feb 2012

    amat menggalakkan!! hoho..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader