28Jan

Twitter Akan Memperluaskan Penggunaan Halaman Profil Untuk Jenama Pada Bulan Februari

Web 2.0

Nampaknya, seperti diperkatakan sebelum ini, sepanjang bulan Februari ini, Twitter akan memperkenalkan halaman profil untuk jenama dengan lebih meluas lagi, bermula dengan syarikat-syarikat yang telah menghabiskan duit dalam bentuk pengiklanan di Twitter terlebih dahulu. Mungkin selepas beberapa bulan, kita akan dapat melihatnya diperkenalkan kepada lebih ramai pengguna dengan lebih meluas lagi.

Melalui halaman khas untuk jenama, syarikat dan organisasi, ia membolehkan mereka mengoptimasikan dan merekabentuk laman mereka supaya lebih memenuhi cita-rasa, selain pada masa yang sama memfokuskan kepada jenama mereka pada halaman profil tersebut.

Ia juga akan membolehkan organisasi untuk meletakkan Tweet utama mereka pada bahagian paling atas, diikuti dengan Tweet-Tweet lain pada bahagian bawah, membolehkan para pengguna lain mengikuti perkembangan dengan mudah, dan bukannya melihat Tweet balasan kepada pengguna lain dan sebagainya ketika melawat profil.

Antara contoh yang aktif pada hari ini adalah termasuk laman profil pihak @Twitter sendiri, dan juga laman @Pepsi. Ia masih lagi tidak diketahui bagaimanakah pihak Twitter akan memperkenalkannya kepada organisasi-organisasi lain, memandangkan ia diperkatakan, untuk bulan Februari ini, hanya mereka yang membelanjakan lebih daripada $25,000 di Twitter sahaja akan menerimanya terlebih dahulu.


Jom2School - Belajar Secara Interaktif Di Luar Kelas
Rangkaian Sosial Tagged Mengambil-Alih Digsby
Joomla 1.7 Pada Julai - Joomla 1.8 Pada 10 Januari 2012
WareHouzs Akan Menawarkan Storan Untuk Pelajar Ketika Cuti Semester
Lebih 600,000 Akaun Facebook Digodam Setiap Hari

7 Komen

  1. My Blogs Note pada 28 Jan 2012

    Bertambah menarik..

  2. Lia Nadia Qistina pada 28 Jan 2012

    great! fungsi ini sungguh berguna. Selain untuk companies showing latest updates, ia juga baik untuk followers kerana dapat mengetahui perkembangan terbaru jenama keminatan mereka.

  3. Marissa pada 28 Jan 2012

    cool

  4. Ezo94 pada 28 Jan 2012

    menarikk!!

  5. Izzuddin Jr. pada 28 Jan 2012

    Awesome !

  6. Sutramaya pada 29 Jan 2012

    Rindu twitter yang lama, masa zaman 2007/2008, era sebelum kegemilangan, sebelum adanya TweetBerry, UberTwitter…

    Rindu sangat layout dia. Masa tu tweet sehari sekali dah kira banyak!

    Owh twitter…

  7. Masri Amin pada 29 Jan 2012

    satu inovasi yang baik dan menarik…bakal mempromosikan lagi penggunaan twitter dan menambahkan skop pengguna twitter


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader