17Jan

Twitter Bakal Melangkaui Lebih 500 Juta Akaun Berdaftar Bulan Hadapan

Web 2.0

Sebelum ini, kita dapat lihat, yang mana Facebook disasarkan untuk melangkaui lebih daripada 1 billion akaun pengguna menjelang bulan Ogos kelak. Mengekori rapat dibelakang Facebook, selain Google+ adalah Twitter. Kini, para penganalisa mengatakan yang mana bilangan akaun Twitter berdaftar akan melangkaui angka 500 juta menjelang 25 Februari kelak.

Melalui laman TwoPCharts, sebuah pengiraan terus disediakan, dengan membuat sasaran pada pukul berapakah Twitter akan mempunyai 500,000 akan berdaftar pada laman mereka, yang mana turut sama memperlihatkan popularitinya yang semakin meningkat dari hari ke hari, disamping daripada gergasi Facebook.

Ia diperkatakan yang mana kini terdapat lebih daripada 466 juta akaun berdaftar Twitter, dan bertambah 11 akaun baru setiap saat. Twitter masih lagi belum mengeluarkan statistik rasmi, selain memperkatakan yang mana telah mencapai lebih 300 juta akaun pada bulan Mei yang lepas.


Facebook Bakal Memperkenalkan Sesuatu Rabu Ini
News Corp Sedia Untuk Menjual MySpace
PayLess.com.my Turut Sama Ingin Menyertai Industri Tawaran Harian
VoucHEREs Bakal Dilancarkan Dalam Bentuk Beta Pada 21 Januari
WikiPedia Menutup Laman Utama Selama 24 Jam Atas Protes Terhadap SOPA

6 Komen

  1. yana pada 17 Jan 2012

    wooo!!gler byk..

  2. azwan11 pada 17 Jan 2012

    facebook? Dah bosan.

  3. sejati pada 17 Jan 2012

    jmlh yg sgt bnyk…

  4. Easter pada 17 Jan 2012

    Banyak nye……

  5. Izzuddin Jr. pada 17 Jan 2012

    Facebook – Twitter – Google+ terus bersaing !

  6. beliamuda pada 17 Jan 2012

    Nasib bukan semua ni aktif. Sekadar ada akaun je la… Entah berapa percent je yang betul2 aktif.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader