Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, sepanjang tahun ini, kita akan dapat melihat Twitter terus mengintegrasikan pelbagai sokongan terus pada laman mereka. Pada awal bulan ini, kita dapat melihat Twitter mengintegrasikan kandungan daripada WordPress pada laman mereka, dan hari ini, kelihatan mereka mengintegrasikan kandungan daripada Facebook.
Buat masa ini, sekiranya para pengguna berkongsi gambar yang dimuat-naik ke Facebook di Twitter, gambar tersebut terus diperlihatkan, tanpa para pengguna perlu ke laman Facebook itu sendiri. Ini mungkin merupakan langkah pertama mereka, dan mungkin kita akan dapat melihat sokongan Facebook Video dan sebagainya tidak lama lagi.

Mungkin lepas ini, lebih banyak kandungan dan laman-laman web akan terus diintegrasikan pada laman Twitter, sekaligus menjadi satu perhentian untuk menikmati pelbagai kandungan di web.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
terbaek la…
Sebenarnya Facebook dan Twitter sedang berperang dengan Google+.
halamak siap komen pakai video tuh…
aman, aku rasa kau kena letak button ‘next entry’ dengan ‘previous entry’ la kat mobile site.
Takpayah aku kena back everytime nak view post lain.
Less button pressing required.
Tq. X)
sangat bagus twitter!
Saya suka!
yang ni aku dah perhati lama dah. cuma video daripada facebook tak sure ada ke tak
Lebih mudah !
Terbaik Twitter !
dear aman… tekong and other amanz admin… please strip comment for embed code… lulz~
Haha. Dah dibetulkan.