READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Expo barang elektronik CES sedang berlangsung di Las Vegas sekarang. Antara peranti terkini yang paling banyak diumumkan ialah komputer riba Ultrabook dari pelbagai pengeluar. Ultrabook ialah pengelasan baru komputer riba yang cuba menceroboh masuk kedalam pasaran Macbook Air.

Ultrabook ialah siri komputer riba yang nipis, ringan, menarik dilihat dan pada waktu yang sama membenarkan penggunanya melakukan kerja tanpa perlu menumbuk skrin dengan penuh kekecewaan seperti yang sering dilakukan pengguna Netbook. Ia juga cuba mengurangkan jurang diantara tablet dan PC.

Dalam erti kata lain, Ultrabook ialah komputer riba berkemampuan sederhana didalam pakej yang padat, ringan dan menarik. Persoalannya sekarang adalah, Adakah Acer Aspire S3 memenuhi kesemua kriteria Ultrabook diatas? Sebelum memulakan ulasan mari kita lihat spesifikasi Ultrabook ini terlebih dahulu.

Acer Aspire S3 yang diulas disini ialah versi Intel Core i5 2467M dwi-teras 1.6GHZ. Walaubagaimanapun terdapat juga versi i7 sekiranya anda perlukan sesuatu yang lebih berkuasa. Dari segi spesifikasi bolehlah dikatakan Aspire S3 i5 ialah sebuah peranti kelas pertengahan. RAM DDR3 sebanyak 4 GB yang disertakan sudah memandai bagi menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop CS5. Tiada kad grafik disertakan kecuali grafik binaan dalam Intel HD Graphics 3000.

Binaan

Acer Aspire S3 ialah Ultrabook yang nipis dengan ketebalan maksimum 0.68 mm. Ini membuatkan Ultrabook ini 50% lebih nipis berbanding kebanyakkan komputer riba Windows dipasaran sekarang. Sungguhpun begitu harus dinyatakan ianya masih tidak senipis MacBook Air keluaran Apple.

Binaan Acer S3 boleh dikategorikan sebagai kemas dan minimalistik. Penutupnya diperbuat daripada aloi magnesium/aluminium sementara bahagian badan utamanya diperbuat daripada plastik. Ini adalah langkah yang diambil Acer bagi mengurangkan berat Aspire S3. Berat keseluruhan Aspire S3 adalah hanya 1.4 Kilogram. Jika anda kerap menggendong komputer riba kesana-kemari, keringanan Aspire S3 pasti menjadi idaman anda.

Paparan skrin LCD 13.3 incinya terang dan memberikan sudut pandangan yang memuaskan walaupun sedikit silau apabila digunakan ditempat terbuka. Resolusi maksimumnya pula ialah 1366 x 768 pixel. Ini mungkin agak kecil jika dibandingkan dengan komputer riba resolusi tinggi penuh diluar sana, tetapi secara ikhlas adakah anda memerlukan paparan 1080p pada skrin sebesar 13.3 inci? Apa yang sedikit mengecewakan ialah skrin yang nipis ini agak mudah bergegar apabila saya menaip.

Papan Kekunci

Papan kekunci Aspire S3 agak keras kerana ianya tidak selembut seperti yang ada pada MacBookPro ataupun VIAO. Pencahayaan bawahan (Backlit lighthing) juga tidak ada. Ini mungkin menyukarkan mereka yang gemar menaip didalam gelap.Sebagai seorang pengguna desktop, saya memerlukan beberapa hari untuk merasa selesa menggunakan papan kekunci Aspire S3 yang agak keras. Kesalahan ejaan saya yang sudahpun terkenal pada tahap dewa secara automatik meningkat beberapa level lagi kepada tahap Dewata Raya dalam masa beberapa hari. Sungguhpun begitu selepas seminggu dua dan melakukan penyesuaian, kekekok akan ini berjaya dikurangkan.

Pilihan Penyambungan

Dibahagian belakang Acer S3 diletakan pelbagai pilihan slot penyambungan. Dua slot USB 2.0 dan sebuah slot HDMI disertakan. Pada bahagian kanan diletakkan slot pembaca kad SD sementara pada bahagian kiri pula terdapat jack fon telinga. Tiada sokongan ouput VGA dan anda perlu membeli penyesuai HDMI kepada VGA jika memerlukannya. Sokongan WIFI disertakan dengan kemampuan WIFI 802.11 n/b/g. Tiada sokongan port LAN pada Ultrabook ini dan ini bermakna anda harus bergantung 100% kepada internet tanpa wayar. Tambahan lagi Acer S3 juga tidak mempunyai pemacu optik. Seperti VGA, anda perlu membeli pemacu optik luaran. Sokongan Bluetooth 4.0 mengakhiri pilihan penyambungan untuk Acer Aspire S3

Ulasan Kegunaan Harian

Saya menggunakan Aspire S3 ini selama lebih dua bulan dan selama tempoh 60 hari ini ianya memang “dikerjakan” sepenuh-penuhnya. Ada saya nyatakan di dalam ulasan pandang pertama dahulu yang saya seorang pengguna tegar desktop dengan 2 monitor 24″ digunakan secara serentak. Harus diakui jika dibandingkan dengan desktop yang saya gunakan sekarang memang Acer Aspir S3 tak mampu lagi menandinginya, Tetapi ini adalah seperti membezakan Epal dan Oren. Sebuah perbandingan yang saya rasa tidak adil. Jadi persoalannya ialah;

Adakah Acer Aspire mampu melakukan kesemua tugasan haran anda?

Bila menjawab soalan ini jawapannya ialah ia mampu memenuhi kehendak saya. Sepanjang dua bulan penggunaan ia tidak pernah sekalipun menimbulkan masalah. Saya sebenarnya agak kagum dengan kemampuan Acer Aspire S3 ini sungguhpun ianya agak anoreksik dari segi saiz dan spesifikasi.

Jika kerja seharian anda melibatkan menulis menggunakan office, spereadsheet Exel, bermain Farmville di Facebook, mengedit gambar di dalam Photoshop atau PICASA Acer Aspire S3 tidak akan menghadapi masalah melakukan kesemua tugasan diatas. Tetapi jika anda memerlukan sebuah komputer permainan video berkeupayaan tinggi, Acer Aspire S3 bukanlah Ultrabook untuk anda. Grafik binaan dalam Intel HD Graphic 3000 sememangnya tidak dibina untuk bermain SKYRIM pada tetapan tinggi. Jika mahu bermain SKYRIM juga anda boleh melakukannya tetapi pada tetapan rendah dan kurang dari 24 FPS.

Apa Itu Instant On?

Teknologi Instant On digunakan pada Acer Aspire S3. Tetapi apakah Instant On ini? Seperti yang ada saya katakan pada perenggan permulaan, Ultrabook cuba mengurangkan jurang antara komputer dan tablet. Perkara yang saya gemari tentang tablet ialah dari posisi skrin dikunci saya boleh menghidupkan semula tablet dalam masa kurang sesaat. Fungsi ini juga sudah lazim dikesemua telefon pintar. Instant On memastikan komputer dapat digunakan semula dari posisi hibernasi kurang dari 2 saat. Ini mengurangkan masa menunggu yang selalunya berlaku apabila menggunakan komputer riba

Selama sebulan pertama saya secara sengaja tidak mematikan Acer Aspire S3 yang duji. Laptop dibiarkan dalam posisi hibernasi dan apabila diperlukan ianya akan dikeluarkan daripada beg galas yang saya bawa. Instant On berfungsi dengan baik 7 dalam 10 percubaan. Saya mendapati instant on berfungsi dengan baik hanya bila laptop diletakkan pada permukaan rata. Jika didalam kenderaan bergerak Instant On mengambil masa lebih dari 2 saat. Ini mungkin kerana wujudnya sistem keselamatan pada cakera keras untuk mengelakkan head crash dan gegaran. Perlu saya nyatakan disini Aspire S3 Core i5 yang saya uji menggunakan cakera keras hibrid. Saya difahamkan didalam model 100% menggunakan SSD Instant On berfungsi tanpa masalah walaupun tidak pada permukaan rata atau bergegar.

Jangka hayat penggunaan juga penting bagi sebuah komputer riba. Acer Aspire S3 hanya mampu bertahan selama 4 jam sebelum perlu dicas semula. Purata masa pengecasan semula pula ialah 104 minit.

Antara soalan yang paling kerap saya terima sepanjang menggunakan Ultrabook ini ialah soal kepanasan dan penyejuk (cooler) jenis apa aku gunakan. Sukacita dimaklumkan Acer S3 tidak mempunyai masalah kepanasan dan anda tidak perlu membeli sebarang penyejuk.

Pro – Kelebihan

  • Ultrabook yang ringan serta nipis. Sesuai bagi mereka yang tidak mahu dibebani oleh komputer riba yang mampu mematahkan tulang selangka.
  • Nipis – Ianya hampir separuh dari ketebalan kebanyakkan komputer riba yang ada dipasaran sekarang
  • Spesifikasi sederhana Intel Core i5 2467M (mid range) memastikan ia mampu melakukan tugasan harian tanpa masalah. Perisian seperti Adobe Photoshop CS5 dan memainkan video HD Penuh boleh dilakukan tanpa masalah
  • Tiada masalah kepanasan yang kerap dikaitkan dengan komputer riba. Anda tidak perlu membeli sebarang penyejuk luaran Sokongan output HDMI
  • Fungsi Instant-On memberikan kemampuan seakan tablet. Komputer dapat digunakan semula dari keadaan hibernasi dalam masa kurang 2 saat.
  • Binaan minimalistik yang menarik.
  • Ultrabook paling mampu milik jika dibandingkan dengan Ultrabook keluaran ASUS dan Lenovo

Kontra – Kekurangan

  • Tiada sokongan output VGA , port LAN dan pemacu optikal.
  • Papan kekunci agak keras serta skrin yang mudah bergegar ketika menaip
  • Bukan sebuah komputer riba untuk bermain permainan komputer kerana hanya mempunyai grafik binaan dalam Intel HD Graphic 3000
  • Walaupun ianya Ultrabook termurah dipasaran pada harga saranan RM 2599, ianya masih agak mahal bagi kebanyakkan pengguna.

Kesimpulan

Acer Aspire S3 dengan Core i5 ialah Ultrabook pertama yang dijual di Malaysia dan sebagai Ultrabook generasi pertama terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan. Secara keseluruhan ianya sebuah komputer riba yang mampu melakukan segala macam tugasan harian anda tanpa banyak masalah. Sepanjang tempoh ulasan selama 60 hari tidak pernah sekalipun Ultrabook Acer ini mendatangkan masalah kepada saya. Fungsi Instant-On yang disertakan oleh Acer memberikan kemampuan seumpama tablet pada Ultrabook ini. Selama 30 hari pertama komputer ini tidak pernah dimatikan langsung oleh saya bagi menguji sejauh mana kebenaran kemampuan hibernasi, bateri dan Instant-On Acer. Setakat ini tiada rungutan dalam hal ini.

Apa yang perlu diperbaiki disini ialah beberapa perkara kecil. Sebagai contoh skrin komputer yang bergoyang ketika menaip mungkin boleh dielakkan. Penaik tarafan kapasiti bateri juga mungkin boleh dilakukan. Ketiadaan sokongan VGA, cakera optik dan port LAN mungkin akan mendatangkan masalah kepada mereka yang memerlukannya. Ianya juga bukan sebuah komputer mudah alih yang boleh digunakan untuk permainan video.

Di akhir hari kebaikkan yang ada pada Acer Aspire S3 melebihi kelemahan yang ada. Sebagai seorang penulis yang kerap ke sana dan ke mari dengan komputer riba, rekaan ringan dan nipis Acer S3 amat dialu-alukan. Ultrabook masih lagi baru dan harga jualan kesemua Ultrabook dipasaran masih agak mahal. Acer Aspire S3 Core i5 ialah Ultranbook termurah dipasaran buat masa ini dengan harga saranan RM2599. Ini mungkin agak mahal bagi sebuah komputer Windows tetapi masih lagi murah jika dibandingkan dengan sebuah MacBook Air. Harus diingatkan, Ultrabook dihasilkan sebagai jawapan kepada MacBook Air keluaran Apple.

Adakah anda merasakan keringanan dan kenipisan peranti itu sebagai keperluan? Tidak mampu membeli MacBook Air tetapi mahukan komputer riba yang mempunyai kemampuan yang agak sama? Adakah anda tidak kisah membayar lebih untuk peranti yang kelihatan menarik dengan kemampuan sederhana tinggi?

Jika jawapan anda ialah YA, Acer Aspire S3 Core I5 memang dibuat untuk orang seperti anda.

Terdapat 48 komen
    • Zenbook mahal lagi seribu ringgit. Macam aku katakan S3 I5 ultrabook paling mampu milik dan termurah. Ada pro dan cons. SO far aku gunakan tiada komplen kecuali skrin yang bergoyang sikit.

  1. “Typo saya yang sudahpun terkenal pada tahap dewa secara automatik meningkat beberapa level lagi kepada tahap Dewata Raya dalam masa beberapa hari.”
    kenyataan jujur dari dewa typo haha… best baca fakta dengan joke ringan2 camni. keep up obe

    • jauh lebih tebal dan berat.

      Ultrabook ini umpama MacBookAir dan comparison dengan full blown laptop adalah kurang adil. ianya dijula kepada mereka yang mampu membayar harga premium untuk keringanan dan kenipisan. Ada pembeli merasakan dua feature diatas ini penting pasal tak mahu membebankan bahu

      Tunang aku cukup suka ultrabook ini pasal ringan, Tak patah bahu kerdil dia

    • sepanjang penggunaan aku takde masalah. Hanya gunakan untuk edit foto dan menulis. Mobile coverage pun sedap pasal WIFI setting dia superb

      Instant on WAJIB bagi seorang penulis

      Siapa yang banyak menulis on the go dan perlukan kepantasan. keringanan dan kenipisan aku rekomen S3. I5 dah memandai sekadar komputer mudah alih untuk buat kerja

      bukan gaming rig pasal orang macam aku tak perlukan game rig mobil

  2. Wow!Tahniah kerana berjaya kongsikan ulasan penuh mengenai Acer Ultrabook Aspire C3.

    Bagus sekali kerana ulasan penuh ini dapat membantu bakal pembeli dari kalangan pembaca tegar AmanzDotMy dan juga pencari informasi mengenai Ultrabook ini dapat membuat keputusan bijak dalam pembelian produk teknologi sebegini.

    Teknik ulasan produk yang menarik,santai dan enjoyable.Tahniah!

  3. Aku nak tanya satu , ape guna lubang kecik kat bawah laptop (bateri) ?
    Kira nya function lubang tu untuk ape ?

  4. sepanjang 60 hari penggunaan, secara purata ia dicas setiap berapa hari?? ada tak seminggu sekali je cas ke..

    • saya hanya gunakan ketika tugasan luar. dan setiap kali diakhir hari tugasan luar saya charge

      masa mengecas purata 105 minit dari 5%ke 100%.

      • hehe, takde yang anihnya la bro..
        MBA utk mac os lover (walaupun boleh install win tapi average user guna utk mac os)

        dan ultrabook 2012 ni fokus on windows..

        saya sebenarnya nakkan satu produk hybrid macam acer timeline 1418ptz iaitu gabungan
        ultrabook + tablet…

        Ultrabook tablet win8 11.6″ dengan sekurang2 nya i5 proc adalah target saya tahun ni..

  5. obe tolong jawab. nak beli s3 ni. ok ko cakap kalau buat kerja2 design macam photoshop takde masalah. ok itu aku puas hati.

    tapi kalau video editting pulak. maksud aku rendering semua tu macam mana performance dalam s3 ni?

  6. aku ada satu s3 ne mslhnye bateri hanya tahan tiga jam je.. tp yg lain no komplain mg terbaik. tak menyesal beli s3 ne

  7. Ada tak USB Lan yg support dgn S3 ni. dah macam2 jenis sy beli still tak berfungsi. kalau ada jenama apa & nak dapat kat mana?

  8. saya baru juga menggunakan acer aspire s3 ni.buat masa ini sy bnyak gunakan acer ni untuk buat kerja2 menggunakan microsoft office je. cumanya, saya tak tahu macam mana nak explore programs yang terkandung dlm acer ni.kat button mana sy nak cari menu seperti accessories,.saya nak buat printscreen, tapi lps tu tak tahu nak cari paint kat mana. boleh tolong guide saya tak? terima kasih..:)-

    • Di butang Start yang terletak pada penjuru bawah kiri. Klik pada ia, dan boleh pilih Accessories. Kadang-kala bar menu bawah itu tersembunyi, memerlukan pengguna untuk meletakkan tetikus pada bahagian tersebut untuk seketika sebelum ia muncul.

Komen

Nama
Web