Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Bagi para peminat peranti Nokia, mungkin anda ternanti-nanti akan Nokia Lumia 800 tiba di Malaysia tidak lama lagi, yang mana menjadi antara peranti terawal dari Nokia menggunakan Windows Phone sebagai sistem operasinya. Mengikut ura-ura awal, ia disasarkan pelancaran pada minggu pertama bulan Februari. Namun, lebih awal daripada itu, salah seorang pembangun Nokia tempatan, Asri Al-Baker telah pun menyediakan sebuah video pandang pertama untuk peranti tersebut dalam bahasa Malaysia.
Bersama-sama dengan Nokia Lumia, apa yang dinantikan turut sama oleh para peminat Windows Phone adalah pelancaran Marketplace dengan sokongan Malaysia. Sehingga ke hari ini, ia masih belum dilancarkan. Namun, Microsoft telah pun memulakan usaha awal, dan mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan bersama-sama dengan peranti Nokia Lumia di Malaysia, ataupun mungkin lebih awal sedikit daripadanya.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
App Hub pun dah buka untuk Malaysia, jadi tak lama lagi untuk Marketplace bagi Malaysia.
Apa2 pun, nice review dan device yang cun! Interface pun fluid, tapi tu memang expected sejak device WP7 sebelum ni.
nampaknya telefon ini amat sesuai untuk dimiliki..
aik…asri dh hijrah ke window phone ke? symbianku akan berubahlah lepas nih
nice phone & nice preview.
dh try install Garmin dlm hp nie?
compatible ke ??
nak install garmin buat ape??
Nokia Maps terbaik wa cakap lu..
+1
..long await Nokia Windows phone!..hope to see Lumia 900 soon.
mahal x harge
berapa ringgit kah?.
cool..
Who needs garmin when we have the best, nokia maps