Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Bermula daripada September yang lepas, UMobile telah pun memulakan tawaran untuk modem mudah-alih MiFi dengan kepantasan 21Mbps dan juga modem biasa 42Mbps. Namun, sehingga kini kami sendiri masih belum mencubanya secara peribadi. Tetapi, daripada salah satu video yang diperlihatkan, ia menunjukkan pengguna dapat kelajuan purata penggunaannya sekitar 2.5Mbps melalui penggunaan modem 21Mbps.
Ianya berfungsi sama seperti beberapa modem mudah-alih yang lain, dimana membolehkan para pengguna boleh berkongsi talian melalui WiFi bersama lebih 5 peranti yang berbeza.
Walaubagaimanapun, ia masih bergantung kepada lokasi, dan boleh diperkatakan setiap lokasi mempunyai kelajuan yang berbeza. Menurut Fadlisham yang menguji peranti tersebut, MiFi 21Mbps daripada UMobile ini memberikan kepantasan yang seragam, dan tidak mengecewakan. Namun, salah satu masalahnya adalah dimana ia memerlukan pengguna untuk menghubungkan modem ke PC untuk menaip Pin SIM tersebut, dan bukannya hanya sekali seperti yang lain.
Oleh: Fairuz Bakar
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
yes. u-mobile bila ada 3G memang laju.
kalau takde 3G still boleh guna EDGE line celcom.
so far aku guna takde masalah sebab browsing pun guna phone je.
and part paling aku suka, no extra charge kalau aku terlebih quota.
in fact, speed pun still laju, tak slow langsung bila reach quota
pakai etisalat egypt..saja nk cerita..
orang tak ramai spped ok..tapi still tak best jgk.
Umobile slow. Lalalalala.
Jgn beli nanti ramai pkai umbile makin slow dan tak leh la aku nak download movie. Hehehe
+1
Mins 1:18.
One not simply connect USB on the 1st trial.
modem 21mbp tp dpt kelajuan 2.5mbp. sakit hati je dgr
21mbps = 21 mega bit per second
2.5mBps = 2.5 mega byte per second
speed modem memang advertise guna bit. actual real time internet speed guna byte.
so 21mbps / 8 = 2.6.
jadi betullah apa yang dia advertise.
tak pernah try umobile lagik.
buang je pin sim tu gune henpon.. bukan susah pn.. so later tak pyh dah pki pc.. but for me umobile suxx haha..
untuk pascabayar je ke.. kalo utk prepaid dpt ke line cmni..
boleh tahan lajunya. tapi sebab coverage je yang tak berapa best.
torrent boleh guna x utk umobile?